Ads 468x60px

Pages

Saturday, March 12, 2011

trip ke terengganu...operation management...

assalammualaikum warahmatullahiwabarakatu...=)
amboi,bukan main panjang lagi bagi salam kan..hehehe..saje je taip panjang2..nak release tension sikit..yela banyak sangat kerja yang kene buat kan..sangat busy ye..busy yang memang betul2 busy nie..sampai muka pun naik jerawat sebab tak cukup rehat..ni tak tipu k..memang betul rasanya fakta ni,kalau kita tak cukup rehat,jerawat akan mudah naik..fakta ni aku dapat dari bahan bacaan yang aku penah baca k..=)..

emm,kali ni nak share tentang pengalaman pergi trip..trip??berjalan lagi..hahaha,yee!!!aku baru balik berjalan2 dari 'gano kito' @ terengganu..hehehe...kali ni aku pergi terengganu under trip subject yang aku ambil semester ni..subject apa?OM atau operation management..dalam subject ni kami diajar mengenai proses dan kira2 bahan untuk meyiapkan sesuatu projek.kira sama cam kira kos kalau kita nak buat sesuatu barang tu la..dari A sampai Z..ni secara ringkasnya la..kalau nak tahu detail apa tu OM,nanti kamu2 pergi belajar sendiri k..sebab,kalau nak suruh aku terangkan macam tak kan pernah terjadi je..hehe..

ok2,masuk cerite kite balik k..kami bertolak dari kampus pada hari jumaat pukul 0400lebih..kenapa cam lambat?sebabnya,kami terpaksa tunggu lecturer pengiring kami.beliau tetiba kene datang meeting pada petang tu.kalau ikut tentitif perjalanan,kami semua bertolak pukul 0230petang.tapi disebabkan perkara tersebut,terpaksalah kami tunggu beliau.kamu2 kira sendirila ye bape lama penantian kami dalam bas tu..huhu.

beg2 kami...hitam : cik erin...coklat : cik ema.....putih : cik alin..(tp dia pergi trip lain..)
cik erin,cik ziera n cik ema (jgn tak nampak ye)..hehehe

cik ema n cik ziera...
trip kali ini diikuti oleh dua kumpulan yang berlainan kos,tapi sama fakulti..agak2 faham tak?kalau tak faham,meh aku cerite sikit..kami semua dari fakulti perniagaan,tapi kumpulan aku ambil kos business.manakala lagi satu kumpulan ambil business transport..ok,dah faham kan..=)

malam tu pukul 1100malam,kami sampai kemaman.agak lambat ye sebab sebelum singgah makan di kemaman,dah banyak perhentian kmai berenti.perhentian untuk menunaikan tanggungjawab sebagai umat..=)..di kemaman,kami diberi masa yang lama untuk mengisi perut yang dah berkeroncong kerana tak diisi sejak petang tu..

berhenti makan...nyum nyum..
mr syiran(memang suke menyelit),cik ema dan cik fyra....
sempat snap pic kenangan dikemaman...cik ziera dan cik fyra..
restoran sri nara..tempat kami makan2...mr syiran,cik ziera,cik ina dan cik kema...
lepas mengisi perut,kami meneruskan perjlanan ke kuala terengganu.di sana lah tempat penginapan kami selama 2hari sepanjang berada di terengganu ni..nama hotel tepat kami tinggal ialah hotel kenangan..kami tiba di hotel pada jam 0200pagi.pagi ye,bukan petang.so,memang agak penat dan mengantuklah..tapi yang bagusnya aku ni,lepas chek in hotel,aku boleh mandi dan siap iron 2helai baju yang akan aku pakai tuk 2hari ni..hahaha,macam 'budak excited' pun ada gak kan?tapi aku buat cam tu pun untuk kemudahan aku gak.sekurang2nya aku tak perlu bangun awal pagi dan tunggu turn untuk iron baju (walaupun 1bilik cume 3orang je)..hehehehe...

sabtu,04 mac 2011..
hari ni kami pergi melawat ke arfa batik..kat sini adalah tempat untuk mencetakan batik.dari kain batik,baju batik,baju tido batik dan macam2 batik lagi la,boleh didapati disini.memang cantik pakaian2 kat sini,dan sudah semestinya harganya pun cantik2 belaka..(bagi aku yang 'terlalu banyak duit' ni la..)hehehe...

kami sebelum ketika berada di hotel..menanti waktu untuk memulakan lawatan..wiwiwiwi
antara aktiviti dan corak batik yang ada di arfa batik....
balik dari arfa batik,kami semua pergi melawat kilang pemprosesan membuat keropok losong..keropok losong?ye,keropok losong ye.keropok ni sama macam keropok lekor.tapi yang bezakan keropok ni adalah keropok ni saiznye kecil2 je..tak sama cam keropok lekor.kalau keropok lekor kita kene potong2 bila nak masak kan.tapi keropok losong tak perlu.goreng dan makan je dengan saiz begitu,sebab saiznya memang dah comel2..sebagai buah tangan,kami pun beli lah keropok2 yang ada dijual disana..yang lebih tepat,kami beli sebab nak isi perut yang dah lapar nie..hehehehe...

mak cik2 yang tengah sibuk buat keropok losong...
keropok losong yang sedang direbus...

balik dari kilang keropok losong,kami terus pulang ke hotel..aktiviti petang tu adalah aktiviti sendiri.aktiviti yang memang dah ada di minda aku sejak berada di kampus lagi..aktiviti membeli belah di pasar payang..hehehe...beli sebagai cenderhati untuk dibawa pulang ke kampung halaman nanti..hahahaha....
tapi kami tak dapat berjalan lama di sana,sebab petang tu lecturer kami dah bagi tahu yang beliau nak bawa kami pergi jalan2 di pantai..pantai mana?pantai buruk!!aish,kamu2 jangan ingat pantai tu buruk pula,nama je pantai buruk.tapi sebenarnya pantai tu cantik...siap ada taman dan boleh tunggang kuda lagi tau..hehe..

aksi kami...gaya kami..=)
balik dari pantai,aku bersama cik ziera,cik fana,cik ina dan cik kema terus mencari makan.lapar kot,berjalan satu hari,tanpa makan apa2,kecuali keropok losong tadi..huhu..

ahad,05 mac 2011..
dalam tentitif program,kami semua akan bertolak pada jam 0830pagi.tapi,malang tak berbau apabila kami terpaksa menunggu sampai pukul 1100tengah hari..sebab??lecturer terpaksa hantar seorang student kami ke hospital kerana sakit.........sebagai teman2 yang mempunyai perikemanusiaan yang tinggi,kami pun sabar menunggu..dan dikesempatan menunggu nie,aku dan beberapa teman aku sempat berjalan2 di sekitar hotel kenangan tu..tapi,disebabkan masih awal,banyak kedai2 yang belum dibuka..so,kami pun hanya berjalan2 melihat pintu2 kedai di sana..(kesian kan??hahahaha)...

pic kenangan sebelum tinggalkan hotel kenangan..=)
nasi dagang sebagai menu breakfast....
1100tengah hari,barulah nampak lecturer kami di lobi hotel.selesai urusan chek out,kami meneruskan lawatan ke SME BANK..kami ingat ni bank,tapi salah da...SME BANK merupakan satu tapak perindustrian,yang didalamnya terdapat beberapa kilang yang bernaung di bawahnya.SME BANK membantu kilang2 yang diusahakan oleh orang melayu untuk boleh terus bertahan di dalam dunia perniagaan.di sina ada 10 kilang yang sudah berjaya bernaung di bawah SME BANK.tapi pada hari tersebut,kami hanya sempat melawat 4 kilang sahaja memandangkan kilang2 yang lain sedang bercuti..antara kilang yang semapt kami lawat ialah kilang ken dan roti,kilang memproses ais,kilang pencetakan dan kilang songket..

kami group business study UiTM Segamat..=)
kami diberi penerangan mengenai SME BANK..
aktiviti 'wajib' kami sebelum memulakan lawatan...snap pic first!!!hehehehe
gaya macam tengah berbincang hal negara saja..hahaha
proses pembuatan kek..kami perhati sambil..'glup'..haha
ice yang diproses menjadi ketulan2 ice..
en syafiee belajar tenun songket....
antara produk hasil songket....comel kan.....
1 cik ziera...1 cik ema...hehehe

tamat sudah lawatan kami di terengganu...walaupun tak banyak kilang kami persi,tapi kepenatan berjalan tetap kami rasa sebab,kawasan kilang mereka boleh dikatakan besar...

kami sudah mahu pulang....daaaa...
0500petang,kami bergerak keluar dari SME BANK,kami terus mengorak langkah untuk pulang ke JB.. segala pengalaman,pengetahuan yang kami timba di sini,akan kami adaptasikan di dalam kelas..insya'allah..on the way pulang,kami singgah di hentian kuantan untuk isi perut kerana kami diangka tiba pada jam 0230pagi..dan yup!!kami tiba pada 0230pagi,hari isnin di kampus...sewonok!!!=)

last picture kami snap for this trip...bff...insya'allah...=)


tak seperti apa yang diimpikan...

just simple entry nak post hari ni..sekadar berkongsi apa yang ada diminda ketika ini..
kadang2 kita tak perasan kebahagiaan yang datang pada kita tu sebenarnya adalah dugaan dari DIA..DIA nak lihat sejauh mana kesyukuran,ketaatan dan keimanan hati kita pada DIA..kita hanya tahu yang kebahagiaan dan kegembiraan kita adalah milik kita tanpa perlu dikongsi pada insan lain..dan itulah kesilapan yang kita selalu lakukan tanpa kita sedar...

bila dugaan datang menggantikan kebahagiaan yang kita sedang kecapi,kita mula menyalahkan takdir.kita mula bercakap yang DIA tak sayang kita.tapi adakah kita sedar bahawa dugaan yang datang tu sebenarnya tanda DIA sayang kita.tanda DIA selalu ingat pada kita.tanda kita masih dalam perhatian dan perlindungan DIA..mungkin kita tidak sedar semua itu sebab kita terlalu mengikut nafsu yang selalu menginginkan kebahagiaan dan kegembiraan yang berpanjangan tanpa mahu sebarang dugaan dan cubaan walau sedikit pun..inilah antara kesilapan besar yang selalu kita lakukan dalam hidup..

sampai bila untuk kita terus berperasangka dan berfikiran negatif?sampai bila kita perlu mengikut segala kemahuan nafsu?sampai bila kita tidak mahu menerima hakikat dan kenyataan kehidupan,yang hidup ini penuh dengan cubaan dan dugaan untuk memastikan kita terus ingat,taat dan setia pada NYA...

kesalahan pertama mungkin satu tindakan yang diluar jangka..
kesalahan kedua mungkin kerana kita lupa..
tapi,kesalahan untuk kali ketiga adalah kerana kita tidak mahu berfikir..

bertindaklah mengikut akal,bukan nafsu..
melakukan setelah berfikir bukan kerana kehendak yang melulu..
kita tidak dilahirkan untuk merosakkan dunia,tetapi kita dilahirkan untuk mengindahkan dunia..

kenapa kita harus mensia2 kan segala nikmat yang diterima hanya kerana nafsu??
setiap manusia melakukan kesilapan,dan setiap kesilapan itu juga akan merubah manusia untuk mejadi seseorang..baik buruk,hanya diri sendiri yang dapat menilai dan mengubah ianya untuk menjadi sesuatu yang lebih baik...insya'allah..