Ads 468x60px

Pages

Thursday, May 12, 2011

kenangan kami yang last untuk semester ini....

uhuuu...tajuk nak sayu je kan..tapi actually last yang aku maksudkan di sini ialah last untuk roomate aku ye,sebabnya lepas nie dia dah tak ada bersama kami lagi..maksud tak ada tu ialah kemungkinan besar dia akan pindah ke rumah lain la...tak seperti kami yang terus setia tinggal di kolej ye..uhuuu...roomate aku yang aku maksudkan ialah ALIN..nak tahu yang mana satu??ok,sat lagi aku tunjuk picture dia kat hang pa sume no..(konon nak tiru bahasa utare).wawawawa......

ini kak erin...kalau dia tak ada,tak berjalan la kami..hehe

ini zira..

ini la alin....roomate aku yang aku citer tadi..

ini fira...
 
ok,apa yang kami semua dah buat sampai menunjukkan itu adalah last aktiviti kami bersama?(last kuar jalan2 untuk semester ini)..kami semua pergi breakfast di luar..ye luar ye!!walaupun sebelum ni kami memang susah untuk breakfast (lebih tepat,cam tak pernah breakfast je..hahaha),tapi untuk hari itu,kami dah janji untuk pergi breakfast di luar..cekal tak kami bangun pagi2 semata2 nak pergi breakfast??cekal kan?hahaha..
pagi tu,aku,alin,kak erin,zira dan fira telah bersemangat mak enon(tak ada kaitan ea..) untuk pergi breakfast diluar..
tempat pilihan kami ialah di kg jawa yang terletak di dalam segamat yang berada di dalam johor..apa ada kat sana?kat sana ada soto sedap(panggilan kami sebab soto makcik tu buat memang best!)..ye,soto sedap k..nyum3..sedapnyer..hingga menjilat bibir (sebab makan guna sudu,kalau nak jilat sudu tak sopan pula,so bibir la yang paling sesuai..hehehe)..
actually,ni bukan first time aku datang sini,tapi ni kali kedua aku dah datang kedai makcik ni..first time aku dengan siapa??dengan rakan2 kelab business aku dulu..diaorang la yang kenalkan kedai mak cik soto ni kat aku..lepas tu bila si alin mengesyorkan kami untuk pergi kesana,aku dengan senang hati pun setuju sangat..sebabnye??memang confirm2 masakan mak cik tu sedap,so apa salahnya aku berkongsi dengan mereka2 semua kan??tiada masalah ok..=)

hehehe..sedapkan....memang sedap...=)
 
pagi tu,kami telah bangun seawal pagi yang boleh untuk pergi breakfast di sana..kereta dipandu oleh juru pandu yang sangat hebat(dikalangan kami) iaitu kak erin..hehehe..sampai kat sana,kedai mak cik tu sangatla penuh manusia ye..sangat2..dan dikepala aku terus buat kertas cadangan(yang khayalan semata2) untuk makcik tu besarkan lagi kedai beliau..semua ni disebabkan oleh pelanggan yang ramai dan kami terpaksa menunggu giliran untuk dapat tempat duduk...breakfast yang sepatutnya pada jam 900pagi,terpaksa dianjak hingga jam 1000pagi,semuanya kerana menunggu giliran untuk duduk dimeja makan...huhu


kami di pagi yang sangat bersemangat itu ye.=D
siap makan2,kami melencong ke bandar segamat,saja jalan2 untuk merehatkan minda (lupa nak bagi tahu,masa kiteorang pergi ni adalah time cuti study week kiteorang,masa nie je yang sempat kiteorang jalan sebelum berhadapan dengan final..hehe) yang dah sarat dengan ilmu (agak poyo sikit di situ ye..hahaha)..




tempat yang kami tuju...barang2 cantik bole buat hati gumbira..=D

next...kiteorang cadang nak pergi karaoke,TAPI,kereta sewa kami rosak...so,kitaorang terpaksa 'lepak' di mcD sementara menunggu abang kereta sewa tu datang untuk mengambil kami dan dihantar ke U..sangat lama ye menunggu abang itu..ye lama!!




sementara menanti,ni la aktiviti kami...snap,snap dan snap..=D
setelah abang tu datang,kiteorang dengan berbesar hati sangatlah suke kerana dalam fikiran kiteorang,kiteorang akan dapat pulang...TAPI(lagi sekali) bila kiteorang terpaksa temankan abang tu betulkan kereta dia dulu..dan ini,memang sangat memenatkan bagi kami......=(



kami mahu pulang..kami dah penat..tapi.......=(
akhirnya.....setelah penat menanti,abang tu pun hantar kiteorang balik..selepas kereta dia siap..walaupun kiteorang bengang,kiteorang tetap berterima kasih kepada abang tu..sebab??

1. dia dah belanja kiteorang makan sebelum kiteorang teman dia betolkan kereta(tapi dia tak cakap yang dia nak betolkan kereta,dan kami pun tak tahu)
2. dia kata "sewa kereta tak perlu bayar sebab kereta rosak"...suka la kami..(save duit..hehehe)

apa2 pun,semua ni tinggal kenangan dan betol2 menjadi kenangan kami sepanjang bergelar "teman"...apa yang pasti,aku sayang mereka dan sayang friendship nie..semoga kami akan terus ber'teman' selamanya..amin..=)

saya sayang kamoo semua taw...=)

Tuesday, May 10, 2011

seminar human resources-PD

Grab a chance to change…
Pergh! nama program pun dah best.. Means?  Aktiviti dalam ni pun mesti best kan..yup,tu la yang kiteorang rasa time program ni..apa yang aku boleh cakap, program ni berjalan dengan jaya and THANKS tuk semua ahli jawatankuasa yang terlibat dan CONGRATS untuk korang sebab dah berjaya menjalankan aktiviti yang best ni (dituju khas untuk AHLI JAWATANKUASA SEMINAR HR KELAS JBM1115C terutama Ketua Projek,NADIA bt MUHIBBIN)..


Program ni telah dijalankan pada 26 & 27 March yang lepas di Port Dikcson(PD). Ni adalah seminar yang kiteorang buat under subject Human Resources (HR) yang kiteorang wajib ambil untuk semester kali ni dipantau oleh pensyarah kami,PN NORHAYATI bt. OMAR.
Apa yang aku nak story kat sini adalah tentang aktiviti kiteorang kat sana..sumpah!memang aku enjoy dengan diaorang semua…
 Apa aktiviti yang dah kiteorang buat sampai aku rasa betul2 seronok nie??hehehe..ok,now aku nak story sikit tentang seminar kiteorang tu..
26 march,lebih kurang jam 0130petang,kiteorang sampai di Hotel Sri Malaysia Port Dickson..aktiviti first kiteorang sampai sini adalah seminar..seminar pada petang2 hari ye..dengar cam boring je kan..penat2 nak kene dengar seminar..TAPI!!tidak sama sekali..sebab??penceramah kiteorang amat sangat sporting ye..sangat la best!!aku sangat la teruja sebab sebelum ni aku dah pernah nampak penceramah ni dalam tv..ye tv ok!!masa tengok dalam tv tu biasa2 je sebab aku tak sangka yang aku akan jumpa beliau.. and untuk seminar kali ni,aku dapat jumpa beliau..beliau yang aku maksudkan tu adalah EN.SUKOR B. IBRAHIM.. ye,beliau sangat best and sporting..pandai tarik minat kitaorang tuk terus mendengar and teruja dengan ceramah yang beliau sampaikan,iaitu tentang keyakinan diri..kesimpulan yang aku boleh buat lepas dengar ceramah beliau ialah, aku mula menjadi seorang yang punya keyakinan diri.aku lebih yakin dengan apa yang aku buat (ini tak tipu k)..betul,aku sangat la bersyukur lepas dengar ceramah beliau.senang kata,aku dah jadi orang yang lebih yakin pada diri sendiri..TERIMA KASIH EN.SUKOR!!=)

ni la penceramah yang best tu...EN.SUKOR!!!


pandai beliau tarik minat kami...menari dulu sebelum mula ceramah..yeyeye!!

Aktiviti kiteorang lepas dengar ceramah ialah bersukan..sukan ea..hehe..game kiteorang petang tu ialah bola tampar pantai,galah panjang (aku panggil belon acah)dan anak ayam (actually 2 game last tu cuma aku dan beberapa orang kawan je yang main untuk habiskan masa)hehe..

kami sebelum mula game!!

game first kami..bola tampar pantai!!
Malamnya kitaorang ada persembahan..ala2 cam malam kebudayaan la..setiap group yang telah dibahagikan wajib membuat satu persembahan..tema malam kebudayaan kite orang ialah ‘dolu2 hitam putih’..memang macam2 la cerita yang kuar malam tu..banyak cerita semua berunsur allahyarham P.Ramlee..tapi group aku Cuma wat persembahan nyanyian.sebab tu la yang paling senang tuk kiteorang buat persembahan..malam tu juga macam malam mencungkil bakat sebab semua tunjuk kebolehan masing2..salah seorangnya member group aku, Ecah..suara dia sangat sedap ok..best giler!!
Habis malam kebudayaan,kiteorang ada game..game ala2 dalam spontan.haha,kelakar2..macam2 kerenah kiteorang malam tu..apa yang pasti,memang enjoy habis..and kiteorang semua sangat la berpuas hati dengan tentitif program malam tu..=)..

ni la lecture kami...PN HAYATI with her husband..sweet an..hehehe

kami dimalam kebudayaan itu..ehehehe
27march,hari last kiteorang kat PD..pagi tu kiteorang ada 1 lagi seminar yang berkaitan dengan HR. penceramah kiteorang pada pagi tu ialah EN.WAN MOHD HAFIZUL B. WAN JUSOH..ceramah yang beliau sampaikan banyak berkisar tentang kerjaya sebagai HR manager.macam2 jugalah yang kiteorang belajar dan tahu tentang kerjaya menjadi seorang manager HR ni.

gambar kenangan bersama EN WAN MOHD HAFIZUL..=)
habis ceramah,ada majlis penyampaian hadiah untuk group2 yang menang..sebelum kiteorang bergerak pulang ke segamat,kiteorang telah dipelawa untuk melihat2 hotel yang diusahakan oleh En.Wan Mohd Hafizul iaitu Residence Desa Lagoon Resort. pemandangan di hotel ni sangat la cantik dan tenang..memang best kalau korang dapat peluang datang sana..


cantik kan!!!!

selepas melawat resort tu,kami2 pun bergerak pulang ke segamat...on the way balik,kami bergelak sakan di dalam bas..time nie aku rasa kiteorang sangatlah rapat..sebab kiteorang main teka-teki dan berkareoke..hehehe..sanagt sporting ye kawan2 aku nie..mereka memang suka menyanyi..sebab,suara mereka best!!yayaya!!

Friday, May 6, 2011

sekian lama....

Assalamualaikum….
Setelah sekian lama membiarkan blog ni sunyi tanpa sebarang cerita,hari ni aku kembali untuk berkarya semula(ayat nak macam novel)..hahaha..
Ok2,rasa macam dah lama sangat aku tak meng’update’ blog ni.maksudnya banyak juga cerita yang aku tak share dalam ni.ok,sebagai mukadimah kali ni,aku nak cerita sikit apa aktiviti aku sepanjang tak meng’update’ blog ni..last cerita yang aku share adalah trip pergi Terengganu. pulang dari Terengganu, trip aku diteruskan ke Port Dikcson (PD) under subject Human Resources (HR). pulang dari PD, jadual aku penuh dengan test yang berterusan, ditambah dengan aktiviti kelab yang aku kene libatkan diri dan assignment yang kene siapkan.pendek kate,masa aku memang agak terbatas dan aku sangatlah busy.



sepanjang masa busy tu,jangan kate blog, facebook pun aku tak usik.terbiar tanpa dibuka,dan untuk pengetahuan anda semua,aku ni pun bukanlah jenis yang hantu sangat dengan fb ni,so hidup aku masih sempurna walaupun tak buka fb untuk jangka masa yang lama..sebabnya??aku rasa banyak lagi benda yang lebih penting aku kene utamakan daripada fb,dan kawan2 aku lak ramai yang berada di alam reality dari alam maya ni.hehe..



Apa2 pun alasan,kawan tetap kawan kan?tak kira la di alam maya atau reality.. Actually, kawan yang kat alam maya tu pun merupakan kawan2 reality aku..dengan kata mudah,teman2 lama aku masa sekolah rendah,menengah sampailah yang aku kenal time kat kolej dan luar kolej dulu..fb tu lah tempat pertemuan kami setelah sekian lama terpisah.. ye,tu salah satu kebaikan adanya teknologi pada masa ini..haish!!cam dah melalut je ayat2 aku tadi..hahahaha…



Ok2,kembali pada cerita asal.sebenarnya entry kali ni aku cuma nak cerita secara ringkas cerita apa yang bakal aku update untuk entry2 akan datang..antara nya ialah cerita tentang trip PD aku,dan cerita2 aku bersama roommate2 aku..banyak benda menarik yang aku buat sepanjang tak meng’update’ blog ni..tapi apa yang akan aku update adalah cerite2 yang aku rasa best untuk dikongsi dan diingat je.law agak2 tak best,aku tak nak la update kat sini.sebab??aku tak suka nak ingat benda2 yang tak best ni,takut akan ganggu kegembiraan akan datang..hehe..
Rasanya cukup la ni je yang aku nak tulis kat entry kali ni. Entry akan datang,baru aku update aktiviti2 aku yang bagi best..=)