Ads 468x60px

Pages

Sunday, August 28, 2011

mari kawal perasaan negative kita..(^0^)..

assalamualaikum kawan2..=D...
mood baru lepas maghrib, rasa seperti mahu menaip sesuatu...so, blog adalah tempat terbaik aku kalau mahu menconteng..hehehe..ok, hari nie aku nak upadate tentang tips atau cara atau bagaimana atau apa2 pun yang sama waktu dengannya.mengenai apa??pemikiran negative.(-,-)..

Lumrah dalam kehidupan dan lumrah seseorang yang bergelar manusia. Pasti tidak akan lari dari berfikiran negative. Tidak kiralah apa pun alasan, punca, sebab atau kenapa dia berfikiran negative (semuanya memberi maksud yang sama sebenarnya..=D) sikap negative itu pasti akan terlintas, walau hanya sedetik. Di sini aku nak berkongsi tips2 untuk kawal perasaan negative yang muncul di minda kita.. Bukan sebab aku ni pakar motivasi atau bijak sangat kawal emosi, tetapi aku rasa tak salah rasanya kalau kita mahu berkongsi sesuatu yang bergunakan?? =D…
Tips yang selalu aku amalkan bila aku mempunya perasaan atau ada lintasan negative diminda aku :
a.       Alihkan perhatian kepada sesuatu yang lain agar pemikiran negative itu akan beransur hilang di minda.
b.      Ubah pemikiran itu menjadi positive seperti ‘pasti ada hikmah di sebalik perkara ini =)’..
c.       Terus tersenyum dan fikirkan perkara yang indah2 sahaja untuk mengelakkan pemikiran negative itu terus mengaganggu minda kita..
d.      Cari satu cerita atau peristiwa yang seakan2 sama dengan cerita kita yang negative itu agar boleh kita jadikan tauladan dan menganggap semua itu pengjaran untuk kita..
e.      Selalu fikir itu semua pengalaman yang boleh mematangkan diri kita. Kalau perkara tersebut tidak terjadi dalam hidup kita, mesti kita tidak tahu cara untuk mengatasinya.=D..
f.        Selalu bersyukur kerana DIA telah memilih kita untuk dijadikan bahan ujian Nya dan tempat pemikiran negative ity singgah, kerana itu tandanya kita masih didalam perhatian dan ingatan Nya.. untungkan kita..=D..
g.       Selalulah berdoa dan jangan berhenti memohon dari Nya agar segala perkara yang negative itu tidak akan menjadi kenyataan. Berdoalah segala perkara negative itu sebenarnya hanyalah mimpi kita dimalam hari, kerana mimpi merupakan mainan tidur..=D..
Dan apa yang paling penting sebenarnya, untuk megelakkan kita dari berfikiran negative, selalulah ingat bahawa pemikiran yang negative hanya akan merosakkan mood kehidupan kita, (-0-)…. Yakinkan pada diri kita bahawa hidup yang sempurna adalah dari pemikiran yang positive, (^,^)… Setiap apa yang kita fikirkan akan jadi satu kenyataan. Oleh itu,selalu berfikiran positive akan dapat membantu kita mendapat satu kehidupan yang sempurna, gembira, lengkap dan yang penting bersih dari perkara negative..yey!! itulah yang kita mahukan..=D..


saya positive dalam semua perkara!!



Saturday, August 27, 2011

antara ikhlas dan terpaksa...ngeee...

assalamualaikum...(^_^)...mood mahu berbuka..kekeke..sementara menanti azan nie,aku nak mengupdate satu cerita yang lebih kepada luahan perasaan sebenarnya..eerrrrrr ehehehe..cerita aku kali nie tentang IKHLAS...
Orang kata ikhlas itu hadir dari hati. Tanpa ada sebarang keterpaksaan walau sedikitpun dalam hati kita. Segala apa yang kita lakukan itu adalah dengan kehendak dan kemahuan sendiri. Itu adalah makna ikhlas yang biasa aku dengar dan faham. Maksudnya, kalau kita rasa terpaksa melakukan sesuatu itu atas sebab2 dan pengaruh2 tertentu, itu maksudnya kita tidak ikhlas kan?? Hurm, bercakap tentang ikhlas ni, aku ada cerita tentang tahap keikhlasan aku bila ‘melayan orang’..layan orang ea??hahaha..dah macam apa pula.time2 puasa ni cuba jangan berfikiran negative..aish, berdosa taw..wat kurang pahala puasa je..=D…
Ok2, maksud aku melayan orang kat sini adalah melayan hamba Allah yang ‘tertentu’..apakah itu tertentu??tertentu yang aku cuba maksudkan disini ialah orang2 yang pernah mencari masalah dengan aku dan telah menyebabkan hati aku rasa agak tawar untuk melayan mereka2 nie.. Memanglah, kita tidak dibenarkan berdendam dan memaafkan kesilapan orang lain adalah satu perkara yang amat mulia dalam islam. Ditambah lagi dengan bulan yang sangat mulia pada masa dan ketika ini, iaitu Ramadhan.. tetapi aku sebagai manusia biasa memang tak bole lari dari perasaan tu semua. Lagi2 aku yang iman hanya senipis kulit bawang nie. Urmm,memang percentage untuk segala rasa negative tu muncul amatlah tinggi.. uuuuuhhhhhhuuuuuuuuu..=P
Mesti ada yang tertanya2 kan apalah masalah yang hamba Allah tu dah buat sampai hati aku menjadi tawar untuk melayan mereka2 ini..=D.. kesilapan yang diaorang buat nie biasanya satu kesilapan yang melibatkan perasaan yang agak kritikal (agak lar..hehehe). Sebab tulah aku perlu masa untuk betul2 dapat memafkan diaorang nie. aku bukan nak cakap diri aku nie baik sangat and tak pernah buat silap. Tapi aku juga sama seperti orang lain, perlukan masa untuk memaafkan kesilapan orang. Bila hati dah betul2 tenang dan boleh terima orang tu, barulah aku akan memaafkan dia betul.. Hah, kat sinilah konsep ikhlas yang aku praktikan dalam life aku..=D..maafkan orang dengan ikhlas dan lahir dari hati..ehehehe..
Yang keduanya, bila aku dah maafkan and dah bole buat seperti biasa, janganlah paksa aku dengan selalu contact2 or kenen2 kat aku..RIMAS ok! Aku memang sangatlah tak suka nak melayan orang2 camnie. Tolong lah faham yang aku memang tak berapa nak minat dengan sikap yang begitu ye..aiiyyaaakkkk!!!kacau hidup olang saja la kamu ini wooo..=D..
Mesti ada yang pelikkan.. eh, tadi kata maafkan orang dengan ikhlas. Bila dah maafkan tak nak layan orang tu pula.. tu ikhlas ke tidak namanya??lalalalala =D… ok, kat sini aku nak terangkan konsep ikhlas aku ye.. aku ikhlas maafkan orang tu sebab tu aku dah bole buat seperti biasa.. tapi aku tak suka dia terus2 nak contact and meleweh-leweh dengan aku. Kalau seminggu atau sebulan atau setahun tu dia contact cuma satu, dua atau tiga atau sampailah sepuluh ke dua pulub ke tiga puluh kali tak mengapa.. sebab, aku still bole layan DENGAN IHKLAS =S … TETAPI, kalau dalam seminggu, sebulan atau setahun itu dia contact setiap minit,jam dan hariiiiiii,aku sangatlah TIDAK IKHLAS ok!! T.I.D.A.K = tidak!! Tolonglah faham perkara yang satu nie.. tak kira lah apa pun motif kau nak contact aku balik, tolonglah jangan contact aku hari2 ye..sebab, nanti keihklasan yang aku dah maafkan kau tu akan berubah..aaiiyyyoookkk tak tahu..=D…


Dah taip macam2 nie, tetiba pelik.. kenapa?? Asal aku cerita benda tak best dalam blog aku nie???aaaaaa tiiiiddaaaaakkkkkk ada orang nak curi kebahagiaan aku!!! Wooooiiiii, baik kau cepat2 pegi, sebelum aku belasah!! Hahahahaha…. Actually, motif aku bebel dalam nie adalah sebab aku nak mereka2 yang ‘berkenaan’ nie tahu and faham situasi ini..tolonglah jangan mendera perasaan aku nie.. tapi kan, percentage mereka2 nie baca luahan a.k.a amaran aku nie bape ea?? Tuutt tuutt tuutt tiada jawapan..hahahaha.. hampeh.=(…
Urmm, jauh disudut hati nie, aku harap mereka faham dengan situasi yang satu ini.. sebabnya, aku takut bila dah tak tahan sangat, aku akan terus…..tuuttt tuuttt tuuutt ttuuuuuttttt… nombor yang anda panggil tidak dapat dihubungi pada masa ini, sila cuba sekali lagi.. ATAU .. send à pending… not delivered.. teruk kan?? Aku tak nak lah sampai jadi macam tu dek kerana perkara2 cam nie.. adush!! Sangat teruk la kalau ini macam wooo…. Hahahahaha…. Lastly, tolong la jangan dera saya and tolonglah jangan paksa saya dengan apa2 juga yang awak cuba buat tu!!.. THE END… tttuuuuuuttttttttttt…=D


Wednesday, August 3, 2011

bila kita terfikir tentang sesuatu.....

hye semua..=D
hah,petang2 pertengahan minggu aku update blog??biar betol??hahaha..betul la nie..
apa mimpi ea?tak mimpi sangatlah..tapi cuma nak luahkan apa yang aku tengah fikir tika dan saat ini...
ok,tajuk entry aku 'bila kita terfikir tentang sesuatu.....' macam tak fahamkan?tapi aku nak sambung dengan ayat2 ini :
  • mesti kita tidak mahu perkara itu terjadi jika ia buruk untuk kita.tapi sebagai manusia biasa,kita tak mampu lawan takdir..
  • kadang2 itu yang kita mahukan dalam hidup kita,tapi andai tidak terjadi,itu juga bukan dalam kawalan kita...
  • mesti kita rasa nak lepaskan atau luahkan tentang perkara tersebut untuk buat fikiran kita jadi lebih tenangakan..
  • mesti ada kaitan dengan keadaan sekeliling,atau perkara yang terjadi dalam hidup kita..
  • mesti waktu itu kita sedang gembira atau sedih atau geram atau apa jua perasaan yang timbul,yang pasti kita memang berperasaan ketika itu...
hurmmm,entry kali nie aku nak cakap perasaan aku yang sedang bercambur baur..kalau positif aku mesti nak tulis panjang2,tapi sayangnya apa yang aku rasa tika ini,negatif!aish!! i hate that!! so,aku tak akan tulis pape,coz aku tak suka perkara negatif ada dalam coretan cerita aku..walawalaweh!!hahaha...
so,apa motif aku bebel kat entry kali nie??sebab.....
  • saja nak tenangkan perasaan..
  • sebab aku tak nak tambah dosa dengan mengeluarkan perkara yang bukan2..=D
  • biar apa yang aku rasa tak akan buat hati aku terus merana..hahahaha...
  • yang penting sekali,aku nak kebahagian aku...dan tolong pergi pada mereka2 yang cuba nak musnahkan hidup aku...aish!!wacha!!hahaha
bla bla bla bla bla...hope hati aku akan tenang setelah aku tamat menulis diruangan kali ini...sebab,aku tak suka siapa2 halang kebahagiaan aku...pergi jauh2 ok!!waaaccchhhaaaaa!!!!=D hahahahaha....

Monday, August 1, 2011

salam ramadhan al-mubarak kepada semua umat islam seantero dunia..=)

assalammualaikum semua...=)

wah3 pagi2 lagi dah update blog ye..hehe(gelak gedik)..sekarang susah betol nak upadate blog ye..almaklumlah hanya bole beron9 dirumah saja la katekan..lalalala..dah alang2 on9,kali nie aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA..semoga ramdhan kali ini akan memberikan sinar kepada kita dan semoga kita akan terus mendapat keberkatan dan petunjuk dari Nya..amin..=)..

ok,hari nie first ramadhan kita yang jatuh pada 01082011..makin awalkan kita berpuasa sekarang..kalau diingat2 balik,zaman sekolah dulu kita puasa dah dekat hujung2 tahun,kadang2 waktu itu dah masuk cuti sekolah..time tu memang seronok sebab zaman kanak2 kan..puasa disekolah untuk dua tiga minggu pertama.setelah itu kita terus bercuti sampai aidilfitri menjelang tiba..
puasa dizaman sekolah memang seronok,macam2 pengalaman dan kenangan manis bersama teman2..dari yang lucu,sedih semua ada..bila kita imbas semula,memang kita akan merindui zaman tersebut..betullah kata orang2 lama 'satu hari nanti bila kita sudah dewasa,kita akan merindui zaman kanak2 dan alam sekolah,kerana zaman itu merupkan syurga kehidupan kita..=)'...dulu,aku tak percaya kata2 nie semua,coz bagi aku zaman tu sangatlah bosan sebab kene belajar belajar beljar..yang best cuma time main je..tapi sekarang,bila usia aku dah makin meningkat,aku mula faham dengan ayat2 tu semua..betullah,selagi kita belum lalui masa tersebut,mesti kita tak akan faham the real situation kan..

oklah,actually entry kali ni aku tak berniat nak celoteh panjang lebar,sebab??aku dah nak gerak pulang sebenarnya..pulang ke tempat belajar..masih ada tanggungjawab lain yang aku perlu uruskan..sebelum berakhir entry kali ni,aku harap ramadhan kali ini akan menjadikan aku lebih kuat untuk menghadapi hari yang mendatang,dan semoga iman aku akan terus bertambah walaupun sedikit..amin..