Ads 468x60px

Pages

Friday, December 9, 2011

~biarlah seadanya~

assalammualaikum..
uhuk uhuk uhuk (batuk2 pulak dah..tak sihat ke?)..heee, actually batuk ni bukan sebab tak sihat. TAPI sebab dah lama tak buka blog ni..dah berhabuk pun..kesian blog..sori ye,bukan tak nak lihat dan tulis2, cuma busy sikit..al-maklumlah orang dah berkejaya la katakan..(hahahaha..poyo sudah.)..

hehehe, hari ni apa mood aku sampai sanggup korbankan masa rehat aku yang memang sedia sikit ni untuk update blog?ehehe..mood aku sangatlah ceria..sebab asik gelak je time kerja tadi.kawan2 kerja aku (ecah dan ajep) buat lawak yang tah macam2.sebab tulah mood aku baik sahaja..eeehee...=D

ok,cerita aku kali ni simple je...BiARLAH SEADANYA...
maksud aku kat sini ialah ~
  • biarlah seadanya dalam memiliki apa yang kita impikan agar tidak melampaui batas kemampuan kita.. bak kata pepatah melayu, ukur baju di badan sendiri..
  • biarlah seadanya dalam mencari harta.. jangan siksa badan untuk mendapat sesuatu yang diluar kemampuan kita untuk kepuasan diri..
  • biarlah seadanya dalam menilai dan menyebarkan sesuatu perkara yang kita tidak mengetahui asal kedudukan yang sebenar agar segala kata2 kita akan sentiasa dipercayai orang lain..
  • biarlah seadanya menjadi diri sendiri agar kita tidak menipu diri sendiri dan sentiasa diterima oleh orang lain dengan hati yang ikhlas..
  • biarlah seadanya dalam semua perkara yang kita lakukan agar perasaan ikhlas itu tidak lari dari hati kita..
  • biarlah seadanya untuk menjadi insan yang sempurna kerana tiada siapa yang mampu memberi kesempurnaan itu selamanya..
akhir sekali biarlah seadanya dalam semua perkara yang kita lakukan agar hidup itu menjadi kenangan indah yang selalu diselaputi warna-warni pelangi yang menjadi penyeri dalam detik kehidupan yang kita lalui..^,^...



Sunday, October 30, 2011

~wanita ber'kerjaya' ke?~

assalammualaikum semua..
hye2,sudah jadi wanita bekerjaya ke aku sekarang?semakin busy dan jarang nampak ber on9 sekarang (di muka buku)..bak kata teman2 aku yang selalu nampak aku ber on9 sebelum ini..hehehe..

ye,aku sudah jadi wanita bekerjaya pada masa ini..betul ke??jawapannya BETUL..TAPI, buat sementara sahaja..kerja sementara untuk mencari rezeki yang halal untuk penyambung kehidupan..cewah..hahaha..

actually aku sekarang sedang bekerja sebagai pembantu kedai (bagi bunyi sedap sikit.hehehe)..
kerja yang aku dapat hasil bantuan sahabat baik aku dari kecil..siti aishah.. dan hasil suggestion ibunda aku yang menyuruh aku meminta kerja disitu.. buat sementara katanya.. anak yang baik kan mendengar kata ibunya..hahahaha..(ke'poyo'an terserlah disitu..)..

pada awalnya aku menolak kerja ini disebabkan aku kurang berminat untuk berhadapan dengan orang2 yang aku memang telah sedia kenal.. tapi setelah diberi peluang untuk menguruskan cawangan yang lain, aku mengambil keputusan untuk berkata 'ya'.. sebab??aku tak betah untuk duduk lama dirumah dengan poket kosong..tak masyuk lar..kikikiki..

sekarang, aku telah pun bekerja di kedai itu selama satu minggu yang lalu.. mereka semua baik, dari bos aku sampai la pekerja2 disitu.. sampai bila aku akan terus bekerja?eerrrmm, seperti tiada jawapan buat masa ini kerana aku bukan peramal masa depan..hehehe..apa2 pun aku hanya mendoakan yang terbaik sahaja..semoga semuanya berada didalam kawalan..amin..=D


Wednesday, October 19, 2011

~secret couple?~

Assalammualaikum  kawan2..=D..
Tajuk entry secret couple..  Wow!! siapa yang sedang alami nie? aku ke? hahahaha…teeeettttt…tuutt tuutt tuutt..tiada jawapan untuk soalan tersebut.terima kasih…hehehe
Ok, secret couple nie sama dengan scandal ke?? ke sebab couple dengan boyfriend or girlfriend orang terjadinya secret couple?? ooppssss..hahahaha.. terpulang la kepada fahaman masing2 ye.. tapi cerita aku kali ni ialah couple yang tidak dedahkan kepada umum.. why ea?? errmm, tu lah yang aku mahu cerita di ruangan kali ini…
sorok muka time dating..hahahaha

Ni antara reasons positive yang aku dapat kenapa orang couple tidak mahu dedahkan hubungan mereka kepada umum:
Satu
Mereka belum bersedia dengan hubungan yang terjalin, takut bila sudah dihebah2 kan tetiba hubungan tidak menjadi. Mesti malu kan? So, sebelum perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik mendiamkan diri sampai satu tempoh masa yang pasti..biasanya ni terjadi kepada couple2 yang ikatan belum cecah satu tahun…

Dua
Mereka mahu pastikan adakah pasangan mereka betul2 serious dengan hubungan mereka atau sekadar untuk menghilangkan perasan boring yang melanda..eeerrrr…

Tiga
Mereka tidak mahu ada orang yang menyebok tentang hubungan diaorang seperti ada orang yang mahu kenal dengan pasangan mereka..takut orang yang mahu kenal itu ‘kacau daun’ dengan merosakkan hubungan mereka nanti..eeeiiiissshhh...

Empat
Mereka mahu hubungan yang sah sahaja seperti tunang,nikah @ kahwin yang akan didedahkan kepada umum..baru la ‘class ko jah’..hahaha

Lima
Mereka belum bersedia dengan commitment sebagai ‘couple orang’ dan tidak mahu pasangan mereka ‘terlalu menguasai’ hidup mereka dengan semua perkara yang mereka lakukan ‘wajib’ diberitahu kepada pasanagan mereka..ala2 dikongkong dan terkongkong la..

Enam
Mereka masih perlukan ramai lagi kenalan diluar sana untuk membantu mereka..ye la, sebab ada yang cakap kalau jadi couple orang ni dah tak boleh berkawan dengan orang lain..betul ke?? Eerrrr tak tahu tak tahu..eheee

Tujuh
Belum mendapat restu dari family lagi.. mereka takut sekiranya hubungan mereka didedahkan, family akan menolak pasangan yang mereka telah pilih.. sebab tu lah, mereka merahsiakan hubungan mereka sehinggalah family merestui.. anak yang baik ye,sebab dengar cakap ibu dan ayah..eheheee..

dating disebalik pokok??hahaha

Ok, yang ini pula reasons negative kenapa hubungan couple tidak mahu didedahkan kepada umum:
Satu
Sebab ada boyfriend or girlfriend lain..nanti kalau kecoh2,mati la kene maki dengan yang satu lagi..ngeee..yang ini khas kepada mereka2 yang curang di luar sana la kan..eeeerrrr..tidak minat sama sekali ye..eeeuuwww..

Dua
Sebab mereka mahu memilih calon mana yang terbaik untuk hidup mereka pada masa hadapan.. kiranya pasang ramai2 calon, tak suka pada calon 1, pergi ke calon 2, tak suka calon 2, pergi ke calon 3 dan begitulah seterusnya… ala2 playboy dengan playgirl juga lar..eeerrr…

Tiga
Tidak menganggap yang si boyfriend or girlfriend tu sebagai kekasih diaorang.. dah tahu tak anggap tu terus terang je lah..ni pergi mengayat orang tu dan bagi harapan dah kenapa?? Nak tengok kau tu ‘hot’ ke tidak ke?hiisshhh, tak berkenan mak nokkk..hehehe

Ok, ni antara reasons yang aku dapat dari sudut positive dan negative.. apa pun alasan yang mereka2 bagi, nasihat aku kepada orang2 yang sedang angau bercinta (termasuklah diri aku =D) jangan lah terlalu menyayangi pasangan anda 100% selagi belum ada hubungan yang sah.. sebab kalau tiada jodoh antara kamu,hidup hang juga yang merana wooo.. nak sayang boleh, tapi berpada2 lah ye..pesanan ikhlas dari penaja..ehehehe~



Tuesday, October 18, 2011

~perlunya kawan dalam kehidupan..~


Assalammualaikum dan hye2 and hello2 semua..ehehe, mood agak ceria tapi masih didalam kawalan lagi..=D..
Ok, tajuk entry aku ‘perlunya kawan dalam kehidupan’..sebelum tu, aku nak bg kredit kepada 'kawan' aku yang telah memberi aku ilham untuk meng 'update' entry kali ni walaupun sebenarnya dia hanya cakap tentang diri dia je..bukan aku nak ambil kesempatan ea, tapi aku cuma nak share pendapat aku dalam blog aku..ok?so tak ujud lah istilah mengambil kesempatan disitu ye..harap maklum ye..ye2..eheee
Sebelum itu, aku nak bagi tahu dulu lah apa sebab aku tertarik untuk meng 'update' entry kali ini dengan tajuk yang aku sudah pilih ini (ayat macam good2 jer..ehehe)..
1.       Sebab kawan aku kata dia boleh hidup sendiri tanpa kawan..ye ke??

2.       Sebab kawan aku kata dia tak suka untuk ada ramai kawan..pelik an,ada juga orang yang tak suka berkawan..

3.       Sebab kawan aku kata kawan2 hanya akan menyusahkan hidup dia..agaknye,aku ni pun menyusahkan dia lah kot.sebab aku an kawan dia..sadis sungguh an..haha

4.       Sebab kawan aku kata selama ni dia hidup bukan kawan2 pun yang bagi dia makan..memanglah kan,sebab kawan dia nak makan sendiri pun tak cukup,tak kan lah nak bagi dia pulak..ehehehe

5.       Sebab kawan aku kata dia lebih selesa buat semua perkara sendirian tanpa ada sesiapa pun yang tolong..dah orang tak tahu macam mana nak tolong an?apa dah..
Ok,ini antara sebab yang ‘kawan’ aku nyatakan mengapa dia tak perlukan kawan dalam hidup dia.. bagi aku maybe kenyataan dia ni ada betulnye,tapi kita sebagai manusia perlu berkawan untuk kehidupan kita..dan ini adalah sebab kenapa kita perlu ada kawan pada pendapat aku
1.       Kalau tak berkawan, kita mahu berkerja dengan siapa ye?tahulah majikan..tapi majikan tu tak akan jadi kawan kita ke?kawan kan orang2 yang kita kenal..waktu bekerja majikan, luar kerja kan kawan..

2.       Kalau tak ada kawan, means kita tak ada life lah..sebab kawan2 akan menjadi warna dalam hidup kita selain family.. life family adalah sangat berbeza dengan life kawan2 ok..

3.       Kadang2 kawan datang memang untuk menyusahkan hidup kita sebab dengan menyusahkan hidup kita lah kita akan dapat belajar tentang kehidupan.belajar sesuatu yang baru yang mungkin kita tak akan dapat dalam family,kehidupan sendiri atau pun di sekolah..sebab masalah yang datang dari kawan2 adalah berbeza2..

4.       Kawan memang tak akan bagi kita makan,kalau kita tak mintak makanan dari mereka (hehe,melawak jap)..kawan tak bagi kita makan,tapi kawan akan mengajar kita makan sesuatu yang kita tak pernah makan..example ialah shushi.aku makan shushi sebab kawan aku yang ajar makan ye.tapi sekarang aku dah tak nak makan lagi..sebab??hehehehehe..cari sendiri apa akibat makan shushi ea..eeerrrr…

5.       Ada sesetengah orang tak suka buat kerja dalam kumpulan, sebab tak puas ataupun malas nak bertekak untuk puaskan hati semua orang..aku faham sebab aku pun seperti itu (hehehe) tapi, kawan penting untuk memberitahu kelemahan kita.. memperbetulkan kesilapan dan kesalahan dalam hasil kerja kita..

6.       Kawan merupkan cermin pada diri kita. Kalau kita tak ada kawan, means kita tak ada cermin. Kalau tak ada cermin, means kita tak tahu kita ni macam mana orangnya. Kalau kita tak tahu kita ni jenis macam mana, means kita tak akan tahu apa kesilapan yang kita buat. Kalau kita tak tahu kesilapan kita, means kita tak akan memperbetulkan kesilapan kita. Kalau kita tak betulkan kesilapan kita, means kita sentiasa salah..dan kita adalah orang yang rugi..sebab?? kalau kita tak cari peluang untuk berjaya dalam hidup kita maksudnya kita telah merosakkan diri kita kerana terus melakukan kesilapan..

7.       Kawan adalah orang yang akan tolong kita bila kite perlukan bantuan selepas family kita tak dapat membantu kita..contohnya, kalau kenderaan kita rosak kat mana2, call family, family tak dapat tolong, kita akan cari kawan untuk tolong kita. Kalau kita tak ada kawan, cam mana kita nak mintak tolong kan?tak kan nak mintak tolong orang yang kita tak kenal. Kalau mitak tolong sekalipun,mest one day orang tu akan jadi kawan kita. Kalau kita tak kawan, means kita ni jenis tak mengenang jasa orang la kan..eerrrr…

kawan akan tolong kita kalau kita susah selepas family tak dapat tolong..

Ni adalah diantara sebab kenapa dan mengapa perlunya ada kawan dalam hidup kita seharian..tapi aku suka ingatkan, kawan yang baik ialah kawan yang selalu menegur kesilapan kawannya dan kawan yang jahat ialah kawan yang menyembunyikan dan membiarkan kawannya melakukan kesilapan..

** apa yang aku tulis ni, dah pun aku bagi tahu pada ‘kawan’aku tu..tapi perubahan pada dia tu aku tak pastilah sebab aku jarang2 berhubung dengan dia.. and aku rasa dia tak berubah kot..sebab??dia seorang yang sangat pemalu..ok bye..eerrr..
kucing pun mahu berkawan tau..hehehe


Monday, October 17, 2011

~Selamat pergi dan selamat kembali..~

Assalammualaikum dan selamat membaca semua (macam ramai sangat je an.hehe)..agak2 korang lah kan kalau korang baca tajuk entry aku kali ni,bole agak tak aku nak tujukan kepada siapa?cuba korang teka..tapi tu pun kalau nak lah,kalau tak nak pun tak mengapa,sebab aku tak akan paksa..lalalalala..=P..
Ok lah, bak kata orang bukan melayu, straight to the point je la kan..senang and habis cerita..(tapi, cerita aku baru nak mula tau!!) entry aku kali ni aku tuju khas kepada dua orang insan dan semua insan yang terlibat dengan perkara ini..mana punya ayatlah aku curi ni ea? tak pe lah,yang penting faham..hehehe..tapi agak2 korang faham tak?tak faham??ok2,entry aku ni khas untuk:
·         Ibunda (nak klasik saje..hahaha) ‘si dia’..
·         Nenda (lagi sekali nak klasik..hahaha) @ nenek adik angkat aku.. …DAN…
·         Semua umat islam yang terlibat..
Semoga beliau2 ini semua selamat pergi dan kembali..
Agak2 lah kan rasa macam nak baling aku gune bantal tak??sebab aku belum bagi tahu lagi apa sebenarnya yang aku maksudkan dalam entry kali ni..hehehe..ok2..maksud entry aku kali ni ialah selamat pergi menunaikan haji ke tanah suci mekah dan selamat kembali dengan selamat ke tanah air kepada semua jemaah (yang telah sampai ke tanah suci) dan bakal jemaah haji pada tahun ini..semoga mereka semua mendapat haji yang mambrur.amin
Entry aku hari ni tentang tunai haji.. pernah pergi haji ke nak tulis tentang tunai haji ni?? hah, ni lah aku nak cerita pada korang semua..actually, aku belum ada rezeki lagi nak sampai ke tanah suci tu..>,<..tapi,aku selalu juga dengar cerita tentang haji @ tanah suci dari parents aku,plus yang aku tahu dari ustazah2 aku masa sekolah dulu,ditambah dengan dari bahan bacaan yang aku pernah baca (lebih kepada apa yang terjadi kepada Jemaah haji) and ada juga dari tv (walaupun dengar ye tak ye je..ngeee)..
Sebenarnya macam2 cerita and peristiwa yang terjadi kepada Jemaah haji ni..kata orang, semua perkara yang terjadi kepada mereka ni adalah feedback daripada apa yang mereka telah buat sebelum mereka jejak kan kaki ke tanah suci. di sana kan tak boleh cakap sembarangan sebab apa yang kita cakap akan dibayar ‘cash’..(ni apa yang aku tahu dari apa yang aku baca lah,kalau bahan tu tipu aku,maksudnya aku tipu korang yang baca entry ni lah..eerrrrr).
Sebab tulah ustaz@ustazah@orang yang berilmu selalu berpesan,sebelum pergi ke sana kita digalakkan atau mungkin diwajibkan mempersiapkan diri kita dengan bekalan2 yang perlu agar kita lebih bersiap sedia dari segi fizikal dan mental..bekalan apa?bekalan yang aku maksudkan kat sini bukan bekalan makanan ketika lapar..tapi bekalan orang nak menunaikan haji..seperti bersedia dengan mental yang kuat,bersih dan mengetahui tujuan sebenar kita ke sana adalah untuk beribadat kepada Ilahi..bukan mahu ber ‘shopping’ atau berkenal2 dengan orang2 dari negara luar sana..selain itu, bekalan lain seperti amal ibadat dan pengetahuan yang cukup serta fahaman yang tepat mengenai haji juga mestilah diketahui oleh semua jemaah..
Ok lah,aku nak bercerita panjang pun bukan banyak sangat ilmu. Cuma nak berkongsi dari apa yang aku tahu je.. entry aku kali ni sebenarnya lebih kepada nak ucapkan tahniah dan ucapan selamat kepada semua Jemaah haji Malaysia terutama ibu ‘si dia’ dan nenek adik angkat aku agar mereka semua selamat pergi,kembali dan mendapat haji yang mambrur.. amin..
**tarikh ibu ‘si dia’ pergi pada 20hb October 2011.. dan tarikh nenek adik angkat aku pergi pada 22hb October 2011.. aku doakan semoga kedua2 insan ini akan selamat pergi dan sampai ke tanah suci mekah dan akan kembali ke tanah air dengan selamat dan sentiasa berada didalam lindungan Nya..amin..



Sunday, October 16, 2011

~Kenapa dugaan itu datang kepada kita??~


Entry ni aku tulis sebab dapat ilham selepas melihat cerekarama ‘bawak ku ke syurga’.. maybe penulisan aku tak ada kaitan dengan cerita tu sebab cerita tu berkisar tentang kasih ibu dan anak.. tapi aku rasa aku boleh relate kan sikit apa yang ada dalam cerita tersebut dengan penulisan aku kali ni..apa yang aku nak tulis kali ni tentang dugaan yang datang pada setiap manusia..kenapa setiap manusia diturunkan dugaan sama ada banyak,sikit,cepat,lambat,lama atau singkat,semua itu tak penting,yang penting kenapa dugaan itu datang kepada manusia..

Ini pada pendapat,pandangan,sangkaan,cita rasa and apa jua yang sama maksud dengannya lah bagi pihak aku..kenapa dugaan itu datang kepada kita..
Satu
Sebab itu menunjukkan yang Dia sayang dan selalu ingat kepada kita..sebab tulah Dia turukan dugaan tu kepada kita..agar kita tidak akan lupa akan Nya..

Dua
Sebab kita selalu terlupa dengan setiap kesenangan yang datang kepada kita.. sebab tulah Dia turukan dugaan tu kepada kita..agar kita akan terus bersyukur dengan setiap nikmat yang kita dapat dari Nya..
Tiga
Sebab kita mempunyai iman yang sangat rapuh..sebab tulah Dia turunkan dugaan tu kepada kita..agar kita dapat memperbaiki dan menambahkan keimanan kita kepada Nya..

Empat
Sebab kita terlalu leka dengan ke busy an dunia sehingga kita terlupa untuk sujud kepada Dia..sebab tulah Dia turunkan dugaan tu kepada kita..agar kita ada masa untuk bertaubat dan beramal kepada Nya..

Lima
Sebab kita selalu mempunyai prasangka dan fikiran buruk dalam kehidupan seharian kita..sebab tulah Dia turunkan dugaan tu kepada kita..agar kita dapat menyucikan hati dan membuang segala prasangka negative yang ada dalam minda kita..
Ok ini antara sebab dan alasan pada pandangan aku je..aku yakin sebenarnya banyak lagi alasan yang lebih kukuh kenapa dugaan itu datang kepada kita..sebagai orang islam,aku sangat yakin sebab paling tepat kenapa dugaan itu datang kepada manusia ialah untuk menguji tahap keikhlasan dan keimanan manusia itu sendiri disamping Dia ingin tunjukkan ‘sesuatu’ kepada umat Nya sama ada mereka sedar atau tidak kepada kenyataan yang satu itu..oleh hal yang demikian(baku tetiba..ngee..) sebagai manusia kita perlu yakin bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah dan jangan pernah mengeluh dengan setiap perkara yang terjadi kepada kita..apa yang penting,jadilah orang yang paling bahagia,beruntung dan bertuah dimuka bumi ini kerana kita telah dipilih untuk menerima dugaan itu dalam kehidupan kita..aja2 fighting!!!..hehehe



Saturday, October 15, 2011

~hadiah dan kenangan~

Assalammualaikum dan selamat malam semua orang..

ooppss!!baca tajuk macam sayu sangat je cerita aku malam nie..actually tak pun..sebab kalau dapat hadiah ada ke yang sedih??maybe ada,tapi tak semuakan..hah,so cerita aku malam ni tak sedih pun..aku kalau dapat hadiah tahu pula sedih walaupun dapat time berpisah..sebab??hehehe..aku kan pelik,macam tak ada perasaan punya orang..errrr,lalalala..hahahaha

ok lah cerita aku malam ni simple sebab aku cuma nak share hadiah2 yang aku dapat dari kawan2 baik aku semasa kat UTiM segamat..hadiah yang akan jadi kenangan dalam hidup aku..hadiah yang membuktikan aku dan mereka pernah bersama,berkawan,bersahabat,berteman dan..........semua yang sama waktu dengannye..>,<..

ini hadiah kami..hadiah kami bersama..

ini hadiah yang aku dapat..hadiah perpisahan dari sahabat2 yang aku sayang..


 handkerchief yang ada tulis nama aku..exclusive kan..jangan jealous...hehehe

t-shirt made in singapore..khas untuk aku sebab warna biru warna yang aku suke..hehehe

hadiah birthday aku yang ke 21tahun..terharu kot mereka ingat birthday aku..sob sob sob..

kapo yang jadi peneman aku tidur sekarang..comel kan..hadiah birthday aku dari bff aku..hehehe
actually banyak lagi hadiah pemberian diaorang yang bagi kat aku..tapi ni diantaranya sebab ni semua pemberian terakhir diaorang kat aku..maksudnya ni hadiah terakhir yang aku dapat tika kami masih bersama2..aku sayang diaorang sebab banyak benda yang aku share bersama diaorang..diaorang teman2 yang sangat baik bagi aku..thanks u ollz coz kawan ngan lulu(panggilan manja aku masa dengan diaorang..hehehe)..mish n luv u ollz dum much..mmmuuuaaahhhh!!

**diaorang yang aku maksudkan dalam cerita diatas ialah:

    ~..hazirah binti ab.aziz~aireen izati binti sulaiman~nur shahferah binti rosli~nur amalina binti razali..~


Friday, October 14, 2011

~hampir satu minggu~

Assalammualaikum kawan2..
lamenye berehat ye..dah dekat seminggu berada dirumah,baru la nak meng update blog..ehehehe..bukan apa,cari feel untuk memerah otak memikirkan apa yang patut dibuat sepanjang berada di rumah dan bakal bergelar penganggur ni..al-maklumlah masih mudakan.masa depan masih agak samar2 lagi sebab banyak sangat perkara yang berlegar2 diminda ini dan mengharapkan jawapan yang pasti..errrgghhhh…ting tong jap..ttteeeeetttttttttt..
Ok,apa yang menarik untuk dikongsi pada entry kali ni??..banyak!!tapi aku akan update satu per satu..kata orang bukan melayu one by one..hehehehe.. Firstly, aku nak cerita apa yang berlaku kepada aku sepanjang seminggu sudah berada dirumah…
Waktu Pagi
Alamak, terbangun lewat lagi la!!..asal si dia call, jawapan yang aku berikan mesti agak menghampakan dia..mana tahu?? tahulah..kalau ayat belakang ada ‘ermmmphh’ tu maksundnye dia tak berkenanlah dengan apa aku buat.hehehe..sorilah,masih terbawak2 perangai masa di ‘sana’ lagi..bangun awal kalau ada kelas or aktiviti yang memerlukan aku bersiap seperti jumpa orang atau ada kerja yang wajib diselesaikan saje..
eerrrr kepada my mom…
’sori mak,minggu ni je..nanti orang bangun awal ea..yup2.. Promise and akan diusahakan..ehehehe..’
kepada si dia..
’minggu ni je.kan baru nak biasakan diri berada di rumah.nanti mesti perangai buruk tu akan terbuang dengan sendiri..jangan risau ok..hehehe’…
ni kira aku janji untuk diri aku sendiri gak la..huhuhu..Disebabkan ‘terlalu awal sangat’ bangun (lewat sebenarnye), aku pun mengambil tugas memasak makanan lunch untuk memulihkan keadaan yang agak tegang sewaktu bangun tidur tadi..hehehe..pandai bodek kan..tak mahu kene marah la katekan..lalalalala..
Waktu Tengah hari
Ok,semua sudah siap,wanita hari ini (WHI) menanti aku dikaca tv..hanya itu rancangan menarik..kalau tak menarik,aku alihkan siaran ke tv9-cinta fitri..errr,layan je la dari tak de cerita langsung untuk ditontonkan..ngeee,kesian..inila nasib kalau tak ada kerja..huhuhuhu..
Waktu Petang
Yang ini rutin aku akan buat kalau rajin or memang aku seorang je yang boleh diharapkan dirumah ni..apakah itu??hantar dan ambik anak sedara aku pulang dari sekolah..Actually aku memang malas nak keluar rumah, tapi sebab keadaan abah yang tak berapa nak mengizinkan, aku rajin2kan lah diri untuk menghantar dan menjemput mereka. Tapi tugas kali ini agak ringan sebab akak aku merangkap ibu kepada anak2 sedara aku ini akan mengambil mereka serentak pada jam 630petang, setelah beliau pulang kerja.. so, masa aku pun banyak dihabiskan dihadapan tv atau pun dihadapan laptop ni..hehehe
Waktu Malam
Macam biasa tv atau laptop akan jadi peneman aku tika tiada kerja.. malam pada hari2 awal di rumah, ada juga kerja aku nak buat seperti mengemas barang2 aku..tapi bila dah masuk malam ketiga and seterusnya, memang kebosanan la aku sebab taka da benda yang aku boleh buat selain tengok tv dan b’on9...
Itu secara ringkasan aktiviti aku di rumah..aku rasa cam bosan, korang yang baca pun mesti rasa bosan kan..ngeee…so,menjadi harapan aku pada time3 begini untuk cepat2 dapat kerja sementara dimana2.. alasan kukuh aku nak bekerja selain untuk dapat side income ialah aku tak betah duduk diam di rumah..ya!! itulah alasan yang kukuh..aku lebih suka b’jalan buat banyak kerja dari duduk tengok tv……cepat2 la masa2 bosan ini berlalu agar aku dapat melaksanakan sesuatu yang lebih berfaedah dari apa yang sedang aku buat ini..oich!!!

..rindu mase2 banyak kerja time ada program..


Friday, September 30, 2011

bile kepala dah bersatu..=D

assalammualaikum semua..hye,apa kabar?korang semua sihat?dah makan?hari  ni ok ke tidak?hehehe (ceria semacam je,dah kenapa??)..saja je nak menceriakan diri yang sedang kerisauan menunggu paper pada next week nie..(paper?tengah final pun boleh update blog lagi ke??)hehehe..tak salah kan untuk release tension dengan meng update blog??dari buat benda bukan2..adalah baik sekiranya meng update blog kan??..hehehe..

ok, story yang aku nak share kali ni tak ada kaitan langsung dengan paper aku next week atau pun paper aku yang dah lepas2..tapi,aku nak share cerita tentang raya hari tu..(weeiii,raya dah habislah.nak share apa lagi??)emm,tak mengapalah..raya dah habis pun,cerita aku tak habis lagi..lagi pun aku rasa cerita aku sangat best,and aku sangat suka dengan apa yang dah berlaku..so,tak salahkan kalau aku nak coret dalam blog kesukaan aku nie??sebab kewujudan blog ni pun untuk cerita tentang aku..hehehe..jangan marah..nanti kene jual..lalalalala..>,<...

apa aku nak coret hari ni adalah tetang aktiviti aku pada hari terakhir bulan puasa yang lalu..first time dalam hidup,aku buat kek sendiri..wow!!sendiri ok..campurkan semua and masak..rasa seperti sangat teruja ye..sebab?aku tak pernah pun buat kek sendiri..selama ni aku hanya melihat dan membantu mak atau kakak2 aku buat.tapi hari tu,aku yang buat sendiri..semua??yup!!hehehe..

actually, tepung kek yang aku buat hari tu aku beli dari kenalan aku di U.(so,kat sini aku dah tak perlu susah2 untuk sukat tepung kek tadi..hehehe)..ahmad farouk nama die..thanks ye farouk sebab dah jual tepung kek tu pada ema.kalau farouk tak jual,mesti sampai sekarang ema tak reti buat kek lagi..hehehe..

dan si pembantu aku yang telah membantu memesen @ memblender tepung tu bersama ramuannya adalah abang aku..ye,my sweet brother ok..mohd khair namanye..thanks ye hir dah tolong aku.kalau ko tak tolong,mesti agak kelam kabut sikit aku nak menyiapkan kek tu..hehehe..mesti korang tertanya,mana kakak or adik aku kan??kenapa abang aku yang jadi mangsa tolong aku?jawapan terbaik,abang aku memang sangat best.dia suka masak2 ni..lagipun,kami memang rapat,so tak pelik la bile dia yang rela hati datang membantu aku..=D..

setelah selesai masak kek,(kek sahaja) aku dengan senyum kambing meminta abang aku untuk menyiapkan topping @ coklat yang memang khas untuk disapu di atas kek tadi..abang aku yang memang sedia rajin,telah menunjukkan kepakaran dia dalam menghias kek itu..biasalah,kek budak2 baru belajar buatkan,wajib ada kekurangannya..so,kek kami kurang cantik sebab topping yang abang aku buat tadi masih pekat.so, sesi untuk meratakan toping agak sukar..tapi, hasilnya memang best..best bukan dekorasi kek tersebut.tapi best sedap rasanya..semua orang puji dengan sambungan ayat 'kalau kata sedap kan,nanti dia buat lagi..'..hohoho..tak kesah pun,yang penting semua orang rasa and berpuas hati dengan kek tersebut..ehehehe..


sesi menyempurnakan topping diatas kek..

hasil kek kami..=D..walaupun kurang menarik tanpa hiasan,tapi kami sangat berpuas hati..=)

next sesi masak memasak aku dengan abang aku bersambung kepada memasak coklat..hari masak coklat ni adalah hari last sebebelum kami pulang ke tempat study masing2..dipendekkan cerita,dia buat coklat nie sebab nak bagi awek dia..wow!!romantik gak abang aku ni kan..sanggup masak coklat sebab nak bagi awek dia..untunglah ada pakwe macam dia ni.(nada jelous..hahahaha..)..

walaupun masak coklat ni lagi mudah,simple and cepat dari masak kek tadi,tapi aku bersama anak sedara aku (nur afiqah izzati) tetap mahu tolong.sebab??hasilnya aku mahu angkut pulang juga..hehehe..abang aku menyediakan bahan dan menggoreng badam untuk dicampurkan didalam coklat..aku ditugaskan untuk menggodak coklat dan memasukkan coklat ke dalam bekas @ pencetak coklat dan anak sedara kami selaku guard dan pembantu mana2 yang perlu..guard??hehehe..guard sebab dia selalu tolong ibu dia buat coklat ni..so,kami perlukan dia untuk beritahu mana yang lebih and kurang dalam proses pembuatan coklat kami ini..rasa kelakar je kan?tapi itulah kami..sama2 baru mencuba sesuatu yang baru..dan itu semua juga merupakan kenangan kami bersama sebelum kami akan membawa haluan masing2 suatu hari nanti..=)...


hasil coklat kami..=)


kami suka sebab kami buat sendiri.=D



Thursday, September 15, 2011

setelah 2tahun 6bulan....

assalamualaikum kengkawan....=D...
actually aku tak ada cerita,tapi aku rasa nak menulis..sebab??aku tengah boring,tak tahu apa yang paling best untuk aku buat pada masa,waktu and ketika ini (sambil mata terkebil2 dan mulut kembong..ooo..hahahaha)...
tetiba,aku teringat tentang semalam..semalam??kenapa??semalam aku menangis..waaaaa..hahaha..nangis pun nak bagi tahu orang ke???eh,kali ni perlu ok!!sebabnya aku telah pun sah meletakkan jawatan as exco dalam diploma in business society (DBS) ditempat study aku..motif cerita??bukan nak berlagak.tapi aku nak bagi tahu yang aku sangat sedih..and pasti sangat yang aku akan merindui mereka semua..kalau sebelum ni aku cuma tengok 'senior2' aku menangis tanpa mengetahui apa perasaan mereka,sekarang aku dah tahu perasaan itu..huhuhu..ye,aku memang sayang sangat kat dbs and aku sangatlah sedih sebab berpisah..berpisah dengan dunia busy and penuh tanggungjawab yang telah aku pegang selama 2tahun 6bulan ni..rasanya lama gak tempoh tu..kalau baby,dah pandai berlari..kalau pokok,dah berbuah..kalau kahwin,dah boleh dapat anak.eh??hahahaha...
ok2,balik pada cerita aku..semalam,14hb sept merupakan last meeting aku bersama mereka..meeting dengan semua..sumpah,aku terharu coz time aku nak balik,izzah and hani panggil..salam and peluk..yang buat aku sedih,izzah nangis sebab perpisahan nie..waaaaaaaa,aku pun tewas...=( =( =(....sob sob sob...
balik dari meeting,aku jalan bersama 2orang rakan seperjuangan dalam society ni tapi still junior aku,farouk dan sazwan(juan)...aku nangis lagi...aku sedih sangat..banyak kenangan dengan mereka..diaorang nie antara orang yang banyak tolong aku dalam society ni..and diaorang merupakan antara kekuatan aku bertahan dalam nie..waaaaa,sedih sedih sedih..sob sob sob sob..=( =( =(...
kejap2,aku cerita tentang junior,kawan yang sama2 sejawatan dengan aku tak ada ke??of course la ada..tapi,kami sama2 akan tinggalkan society nie,so kurang sikit sayunya..hehehe..tapi aku nak say terima kasih yang tak terhingga pada yang dipertua society aku semester ni merangkap rakan yang sama2 naik dengan aku dulu iaitu mohd syarifuddin b.yaakub..seriously, if dia tak ada aku memang patah kaki..dia merupakan kawan yang paling lama dengan aku.and dia juga sumber kekuatan aku untuk terus berada dalam society ni..huhuhu
buat hazirah mohd fauzi,junior aku yang banyak tahu cerita sepanjang aku berada dalam society ni,ucapan terima kasih juga sebab terus bertahan dengan akak..=(..for atika mamad pula, thanks sebab dah cuba buat yang terbaik untuk society and bertahan dengan kerenah akak nie..ehehehe..
lastly untuk semua exco, beeha,faz,adah,fara,ecah,wani,dayana,mumtaz,faizal, saufi,faiz,im,and wan..thanks to be a part from my life in society..mayB ada antara kita yang close sangat,and myB ada yang biasa2 je..camne pun relation kita,ema harap kite akan terus berkawan and tegur if jumpa kat mana2 ye.=D..khas kepada exco2 baru,do the best ok..akk yakin sangat korang semua boleh =D..cayok3!!ehehehe...

wiiilllllll mmmiiiiisssssshhhhhhhh uuuu alllll!!!!!!


Sunday, September 4, 2011

Salam aidilfitri salam kemerdekaan salam kemenangan..

Assalammualaikum teman2 semua…=)..
selamat hari raya aidilfitri semua..walaupun hari ni merupakan hari yang ke enam umat islam merayakan aidilfitri,aku rasa belum terlewat untuk aku mengucapkannye.almaklumlah,tak menyempat2 nak mengupdate blog.so, memandangkan pagi ini aku mahu update,tak salah rasanya kalau aku baru ucapkan sekarang kan?hehehe... semoga berakhirnya ramadhan dan hadirnya syawal pada tahun ini akan menjadikan kita umat yang terus bersyukur diatas kurniaan Nya.. semoga iman kita akan terus bertambah dari hari ke hari, dan semoga kita akan terus berada didalam peliharaan dan rahmat dari Nya.. amin… =)…
Baiklah, bercerita tentang aidilfitri tahun ni, kita amatlah bersyukur kerana pada tahun ini kita menyambut dua kemenangan dalam masa yang sama. Iaitu kemenanagan sebagai umat islam (aidilfitri) dan kemenangan Negara (kemerdekaan).. dengan kata lain ‘raya merdeka’. Sambut raya dan sambut merdeka.
Sambutan kali ni aku sangatlah yakin dan pasti mesti ramai di luar sana membuat persiapan raya yang berbeza dari tahun2 sebelum ini. Al-maklumlah sambut raya dan merdeka la katakan. Haruslah membuat sedikit perubahan di dalam persiapan kita, barulah ada jiwa patriotik. Bila teringat tentang persiapan raya merdeka ni, aku teringat cekerama yang aku lihat malam minggu lepas (dua hari sebelum raya), tajuknya ‘pusing raya’.. agak kelakar dan ceritanya lebih kepada komedi dan mengandungi element2 nasihat didalam perjalanan cerita. Element2 nasihat ni hanya akan terlihat kepada individu yang berfikir dan pandai menilai cerita sahaja. Pada mereka yang melihat kosong, pasti hanya melihat dengan menganganggap ia hanya komedi masyarakat semata2 sahaja..
Sudah alang2 bercerita, aku mahu mengolah sedikit synopsis dari cerita tersebut.. ia mengisahkan 2 buah keluarga yang suka berlawan diantara satu sama lain. Suka memperlihatkan kemegahan keluarga sendiri. Malangnya, yang suka berbangga itu adalah si suami. Didalam cerita ini satu kebanggaan yang menjadi penekanan mereka ialah kejayaan anak masing2. Si A mempunyai anak gadis yang telah berjaya dan bekerja dibandar. Manakala si B mempunyai anak tunggal teruna, juga berjaya dan bekerja di bandar yang sama dengan anakmsi A. Tetapi kejayaan anak A lebih menyerlah kerana jawatan dia yang lebih tinggi di syarikat swasta. Berbanding anak B yang hanya pegawai kerajaan sahaja. Dipendekken cerita, kerana mahu berbangga dengan kejayaan anak masing2, si bapa ini telah menyuruh anak2 mereka membeli kereta mewah untuk digunakan pada pagi raya nanti. Tetapi malangnya kedua2 kereta tidak dapat dikeluarkan pada masa tersebut kerana kereta yang mereka mahu mempunyai masalah. Akhir sekali kerana pelbagai masalah timbul, mereka hanya beraya di tepi jalan sahaja.. hahahah =D.. antara pengajaran didalam cerita ini ialah :
a.       Bersyukur diatas segala nikmat yang telah diterima dan janganlah berbangga dengan nikmat tersebut.
b.      Jangan tamak dengan harta dunia kerana kelak kita akan rugi dengannya.
c.       Jangan terburu2 dalam membuat keputusan yang melibatkan orang ramai.
d.      Berfikir dengan bijak, dan berbincanglah dengan orang sekeliling sebelum membuat sesuatu keputusan.
e.      Jaga tingkah laku dan percakapan ketika berhadapan dengan orang lain, kerana mereka juga mempunyai perasaan seperti kita.
f.        Jangan mudah terpedaya dengan kata2 dan janji manis orang sekiranya kita tidak pasti akan kesahihan perkara tersebut.
g.       Selalulah berjiwa patriotik walaupun dimana kita berada.. hehehe..
h.      Selalu berwaspada, berhati2 dan berjaga2 dimana jua kita berada kerana malang tidak berbau..=D..
Oklah, rasanya seperti itu sahaja pengajaran dari cerita tersebut. Mungkin ada lagi, tapi ini sahaja yang aku perasan dan dapat dari story tersebut. Erm, lain kali aku update lagi pengajaran bagi story lain pula ye.. tu pun kalau ada yang relate dengan cerita yang bakal aku update la.. buat masa ni, cukup smapai disini. Akhir sekali aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya dan selamat menyambut hari kemerdekaan Negara kepada semua.. raya raya raya.. merdeka merdeka merdeka!!!





Sunday, August 28, 2011

mari kawal perasaan negative kita..(^0^)..

assalamualaikum kawan2..=D...
mood baru lepas maghrib, rasa seperti mahu menaip sesuatu...so, blog adalah tempat terbaik aku kalau mahu menconteng..hehehe..ok, hari nie aku nak upadate tentang tips atau cara atau bagaimana atau apa2 pun yang sama waktu dengannya.mengenai apa??pemikiran negative.(-,-)..

Lumrah dalam kehidupan dan lumrah seseorang yang bergelar manusia. Pasti tidak akan lari dari berfikiran negative. Tidak kiralah apa pun alasan, punca, sebab atau kenapa dia berfikiran negative (semuanya memberi maksud yang sama sebenarnya..=D) sikap negative itu pasti akan terlintas, walau hanya sedetik. Di sini aku nak berkongsi tips2 untuk kawal perasaan negative yang muncul di minda kita.. Bukan sebab aku ni pakar motivasi atau bijak sangat kawal emosi, tetapi aku rasa tak salah rasanya kalau kita mahu berkongsi sesuatu yang bergunakan?? =D…
Tips yang selalu aku amalkan bila aku mempunya perasaan atau ada lintasan negative diminda aku :
a.       Alihkan perhatian kepada sesuatu yang lain agar pemikiran negative itu akan beransur hilang di minda.
b.      Ubah pemikiran itu menjadi positive seperti ‘pasti ada hikmah di sebalik perkara ini =)’..
c.       Terus tersenyum dan fikirkan perkara yang indah2 sahaja untuk mengelakkan pemikiran negative itu terus mengaganggu minda kita..
d.      Cari satu cerita atau peristiwa yang seakan2 sama dengan cerita kita yang negative itu agar boleh kita jadikan tauladan dan menganggap semua itu pengjaran untuk kita..
e.      Selalu fikir itu semua pengalaman yang boleh mematangkan diri kita. Kalau perkara tersebut tidak terjadi dalam hidup kita, mesti kita tidak tahu cara untuk mengatasinya.=D..
f.        Selalu bersyukur kerana DIA telah memilih kita untuk dijadikan bahan ujian Nya dan tempat pemikiran negative ity singgah, kerana itu tandanya kita masih didalam perhatian dan ingatan Nya.. untungkan kita..=D..
g.       Selalulah berdoa dan jangan berhenti memohon dari Nya agar segala perkara yang negative itu tidak akan menjadi kenyataan. Berdoalah segala perkara negative itu sebenarnya hanyalah mimpi kita dimalam hari, kerana mimpi merupakan mainan tidur..=D..
Dan apa yang paling penting sebenarnya, untuk megelakkan kita dari berfikiran negative, selalulah ingat bahawa pemikiran yang negative hanya akan merosakkan mood kehidupan kita, (-0-)…. Yakinkan pada diri kita bahawa hidup yang sempurna adalah dari pemikiran yang positive, (^,^)… Setiap apa yang kita fikirkan akan jadi satu kenyataan. Oleh itu,selalu berfikiran positive akan dapat membantu kita mendapat satu kehidupan yang sempurna, gembira, lengkap dan yang penting bersih dari perkara negative..yey!! itulah yang kita mahukan..=D..


saya positive dalam semua perkara!!