Ads 468x60px

Pages

Sunday, March 11, 2012

~kelebihan berselawat ke atas nabi..~

assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang budiman..(hehe,ayat agak skema ye disitu..) maklumlah, dah lama tak menulis,rasa kekok pula..hehehe.. rasanya dekat 4bulan lebih juga kot (anggaran yang aku buat la..) aku tak meng update blog ni dengan cerita2 baru.almaklumlah, orang busy la katakan..hahaha.. actually aku sangatlah merindui blog ni sebab banyak benda yang aku dah kumpul sepanjang tidak menulis, tetapi belum sempat di post kan,dengan harapan aku akan berkongsi perkara itu pada satu masa nanti..insya'allah...

o.klah, untuk menjimatkan masa dan memendikkan penulisan aku pada kali ini, aku mahu berkongsi tentang kelebihan selawat.. entry aku kali ini,aku dapat hasil dari pembacaan aku di surau hospital (sewaktu melawat kakak aku bersalin) pada satu bulan yang lalu.. macam tak best kalau tahu sorang2, so aku decide untuk menulis di sini...
  1. sekali kita berselawat, Allah akan membalas 10 kali selawat untuk kita..
  2. sekali kita berselawat, Allah akan mengangkat taraf kita dengan 10 darjat..
  3. malaikat akan turut membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah..
  4. doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan Allah, tetapi doa yang tidak disertai selawat akan tergantung antara langit dan bumi..
  5. selawat dapat mengingati apa2 yang kita sudah lupa..
  6. Allah akan melapangkan dan meluaskan rezeki hambaNya yang berselawat dari sumber yang tidak diketahui..
  7. mendapat keberkatan dari Allah bagi dirinya dan juga untuk keluarganya..
  8. mendapat rasa kasih sayang dari orang mukmin..
  9. dapat melepaskan diri seseorang daripada tergelincir ketika melalui titian sirat dan selamat menuju ke syurga.insya'allah..
ini diantara kebaikan dan kelebihan selawat yang dapat aku kongsi pada kali ini. sebenarnya banyak lagi kelebihan2 selawat, tapi aku rasa lebih baik berkongsi sedikit dan dapat diamalkan.dari banyak, satu pun tak berguna..akhir sekali,renung2kan dan selamat beramal..heee..



0 comments:

Post a Comment