Ads 468x60px

Pages

Sunday, July 8, 2012

..wanita dan angka..

assalammualaikum dan selamat selamat selamat (korang boleh sambung selamat apa yang korang suka dan mahu)..semoga doa korang dimakbulkan..amin ;)


tajuk entry:
wanita dan angka.
gambar entry:
muka2 baby yang comel seperti........(boleh letak nama masing2 sebagai doa.amin)
laporan:
sila baca huraian berikut..

wanita?mestilah korang tahu siapa yang aku maksudkan.contoh paling mudah ialah orang yang kita panggil mak,ibu,ummi,mama dan yang seangkatan dengan beliau..tapi wanita yang akan aku kaitkan disini ialah orang yang kita panggil sebagai kakak atau noona atau amoi atau yang seangkatan dengannya juga..
angka pula merujuk kepada nombor atau 1 atau 2 atau 3 atau yang seterusnya..=D
kenapa dengan dua objek yang aku pilih ni?
sebab,aku nak kongsi tentang perasaan wanita bila ada orang yang memanggil atau memberitahu bahawa berat badan mereka telah berubah.dari sudut positif dan negatif (berdasarkan pemerhatian aku selama aku bernafas)

berat bertambah:
dari sudut positif: 1. gembira sebab memang itu cita2 mereka sejak beberapa bulan lalu.
                            2. teruja sebab orang lain dah nampak yang dia sudah berbadan 2
                               (kepada pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan)
                            3. seronok sebab boleh bagi tahu semua orang yang dia sedang
                                berbahagia,sebab itu berat badan bertambah.

dari sudut negatif: 1. malu dan on diet selama setahun sebab mahu badan slim seperti
                                 dahulu.
                             2. mencari kepastian dengan bertanya semua orang tentang bentuk
                                 badan dia sekarang.
                             3. mencari ubat atau segala pakej rawatan untuk mendapatkan badan
                                 yang kurus semula.
                             4. kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang sekeliling.

berat berkurang:
dari sudut positif: 1. sangat suka sebab cita2 untuk kurus telah tercapai.
                            2. berasa sangat gembira sebab segala usaha yang dilakukan selama ini
                                berhasil.
                            3. tidak perlu risau atau rungsing untuk mencari pakaian apa yang
                                sesuai sebab ada pendapat menagatakan bahawa orang kurus lebih
                                banyak pilihan pakaian. 
                            4. lebih berkeyakinan untuk jumpa orang sekeliling.

dari sudut negatif:1. mula la perasan dia dah jadi model dan diperhati ramai (tolong
                               jangan cepat perasan ok..erk..)
                            2. mula tak jaga berat dan kesihatan dengan makan ikut selera dan
                                masa sendiri.
                            3. penampilan mula ikut budaya luar Malaysia sebab dah rasa diri
                                'terlebih cantik'..(masalah paling besar kepada orang2 yang cepat
                                 sangat perasan)
                            4. mula ada akal2 jahat jika niat nak kurus disebabkan pengalaman
                                buruk.

ni semua diantara fakta atau pengalaman yang aku dapat je.. tapi aku sangat yakin dan pasti yang korang lebih banyak teori tentang topik ni. apa yang aku update sekadar info tambahan dan nak bagi tahu yang perempuan ini sensitif. ok bye!!


Thursday, July 5, 2012

..salam nisfu sya'ban..

assalammualaikum dan selamat menyambut nisfu sya'ban kepada semua umat islam diseluruh dunia.. malam tadi telah tiba hari yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam memandangkan ianya hari yang sangat bermakna, dan rugilah kepada mereka yang telah mensia-siakan kedatangan hari tersebut..
malam nisfu sya'ban merupakan malam terangkatnya buku amalan kita yang lama dan telah digantikan dengan buku amalan yang baru kepada kita sebagai hamba Ilahi. semoga buku amalan yang baru kita terima ini akan lebih diisi dan dipenuhi dengan amal soleh dan kebajikan.Insya'Allah dan bersama-samalah kita berusaha untuk memperolehi keberkatan dan kerdhaan dari Nya..
memandangkan hari ini masih didalam mood nisfu sya'ban, aku ingin berkongsi kepada semua tentang kelebihan membaca doa nisfu sya'ban yang telah kita bacakan setelah selesai membaca yassin pada setiap kedatangan malam ini. sebelum itu, suka aku untuk berkongsi tentang niat yang kita perlu niatkan sebelum membaca yassin. niatkan disetiap awal pembacaan yassin kita dengan niat

untuk bacaan yassin pertama:
mohon panjang umur dalam kebajikan

untuk bacaan yassin kedua:
mohon dimurahkan rezeki yang halal

untuk bacaan yassin ketiga:
mohon iman yang sempurna ketika mati kelak

dan ini antara isi doa nisfu sya'ban yang menarik minat aku untuk dikongsi bersama:
  • kita bermohon agar Dia melindungi dan memberi keamanan dalam kehidupan kita dari sebarang perkara yang menakutkan.
  • kita bermohon agar Dia menukar segala sesuatu yang buruk mengenai diri kita yang telah tercatat di azali kepada sesuatu perkara yang baik.
  • kita bermohon agar diberikan rezeki yang halal agar dapat kita manfaat kan dijalan yang di redhai.
  • kita bermohon agar diberi kebahagiaan didalam kehidupan agar kita dapat terus beramal dan bermunajat kepadanya.
  • kita bermohon agar dijauhkan bencana dan malapetaka dari kehidupan kita.
inilah antara permintaan kita pada Dia pada malam itu.. semoga Dia memperkenankan segala permintaan kita sebagai hamba Nya..amin..




Wednesday, July 4, 2012

..zero..


assalammualaikum dan selamat pagi kepada semua yang sedang membaca..
untuk yang kesekian kalinya ruangan penulisan aku sunyi tanpa sebararang story baru..maaf kata yang cukup mudah dan busy adalah alasan biasa. lama aku tak menulis dan mencoretkan kata diatas tempat yang selalu aku lakar cerita pada mula kewujudan blog ni..eh,ayat macam nak berpuitis pula kan..hahaha..
ok2,terus terang, aku sekarang sudah bergelar pelajar semula.menyambung pengajian yang lebih tinggi dari sebelum ini.bukan untuk menunjuk,tapi untuk memberitahu bahawa masa aku lebih tertumpu dengan kerja yang tak pernah habis sehinggalah final yang telah pun menjelang dua minggu yang lalu..
kalau ikutkan jadual,pagi ni aku perlu menelaah subject untuk next paper aku yang lagi 4hari bakal menjelang tiba,tapi lain pula aku buat bila sudah menghadap laptop kesayangan ni..
atau alasan lebih tepat,jiwa kacau..tak tahu mana nak pergi,blog ni menjadi sasaran untuk aku menulis apa yang aku suka,dengan harapan yang sangat tinggi, aku dapat lupakan apa yang sedang serabut diminda aku pada tika ini..
apa yang bermain diminda tidak minat untuk aku paparkan disini sebab itu hanya akan merosakkan mood aku diawal pagi.jadi aku hanya mengambil keputusan untuk sekadar menulis tanpa isi yang tepat.
hurm,menulis sesuatu tanpa tujuan yang tepat dan pasti hanya membuang masa,so aku stop penulisan pagi ini sampai disini sahaja.
semoga kita masih diberi kesempatan untuk terus beramal selagi diberi kesempatan.insya'Allah..