Ads 468x60px

Pages

Saturday, March 12, 2011

tak seperti apa yang diimpikan...

just simple entry nak post hari ni..sekadar berkongsi apa yang ada diminda ketika ini..
kadang2 kita tak perasan kebahagiaan yang datang pada kita tu sebenarnya adalah dugaan dari DIA..DIA nak lihat sejauh mana kesyukuran,ketaatan dan keimanan hati kita pada DIA..kita hanya tahu yang kebahagiaan dan kegembiraan kita adalah milik kita tanpa perlu dikongsi pada insan lain..dan itulah kesilapan yang kita selalu lakukan tanpa kita sedar...

bila dugaan datang menggantikan kebahagiaan yang kita sedang kecapi,kita mula menyalahkan takdir.kita mula bercakap yang DIA tak sayang kita.tapi adakah kita sedar bahawa dugaan yang datang tu sebenarnya tanda DIA sayang kita.tanda DIA selalu ingat pada kita.tanda kita masih dalam perhatian dan perlindungan DIA..mungkin kita tidak sedar semua itu sebab kita terlalu mengikut nafsu yang selalu menginginkan kebahagiaan dan kegembiraan yang berpanjangan tanpa mahu sebarang dugaan dan cubaan walau sedikit pun..inilah antara kesilapan besar yang selalu kita lakukan dalam hidup..

sampai bila untuk kita terus berperasangka dan berfikiran negatif?sampai bila kita perlu mengikut segala kemahuan nafsu?sampai bila kita tidak mahu menerima hakikat dan kenyataan kehidupan,yang hidup ini penuh dengan cubaan dan dugaan untuk memastikan kita terus ingat,taat dan setia pada NYA...

kesalahan pertama mungkin satu tindakan yang diluar jangka..
kesalahan kedua mungkin kerana kita lupa..
tapi,kesalahan untuk kali ketiga adalah kerana kita tidak mahu berfikir..

bertindaklah mengikut akal,bukan nafsu..
melakukan setelah berfikir bukan kerana kehendak yang melulu..
kita tidak dilahirkan untuk merosakkan dunia,tetapi kita dilahirkan untuk mengindahkan dunia..

kenapa kita harus mensia2 kan segala nikmat yang diterima hanya kerana nafsu??
setiap manusia melakukan kesilapan,dan setiap kesilapan itu juga akan merubah manusia untuk mejadi seseorang..baik buruk,hanya diri sendiri yang dapat menilai dan mengubah ianya untuk menjadi sesuatu yang lebih baik...insya'allah..

0 comments:

Post a Comment