Ads 468x60px

Pages

Friday, September 30, 2011

bile kepala dah bersatu..=D

assalammualaikum semua..hye,apa kabar?korang semua sihat?dah makan?hari  ni ok ke tidak?hehehe (ceria semacam je,dah kenapa??)..saja je nak menceriakan diri yang sedang kerisauan menunggu paper pada next week nie..(paper?tengah final pun boleh update blog lagi ke??)hehehe..tak salah kan untuk release tension dengan meng update blog??dari buat benda bukan2..adalah baik sekiranya meng update blog kan??..hehehe..

ok, story yang aku nak share kali ni tak ada kaitan langsung dengan paper aku next week atau pun paper aku yang dah lepas2..tapi,aku nak share cerita tentang raya hari tu..(weeiii,raya dah habislah.nak share apa lagi??)emm,tak mengapalah..raya dah habis pun,cerita aku tak habis lagi..lagi pun aku rasa cerita aku sangat best,and aku sangat suka dengan apa yang dah berlaku..so,tak salahkan kalau aku nak coret dalam blog kesukaan aku nie??sebab kewujudan blog ni pun untuk cerita tentang aku..hehehe..jangan marah..nanti kene jual..lalalalala..>,<...

apa aku nak coret hari ni adalah tetang aktiviti aku pada hari terakhir bulan puasa yang lalu..first time dalam hidup,aku buat kek sendiri..wow!!sendiri ok..campurkan semua and masak..rasa seperti sangat teruja ye..sebab?aku tak pernah pun buat kek sendiri..selama ni aku hanya melihat dan membantu mak atau kakak2 aku buat.tapi hari tu,aku yang buat sendiri..semua??yup!!hehehe..

actually, tepung kek yang aku buat hari tu aku beli dari kenalan aku di U.(so,kat sini aku dah tak perlu susah2 untuk sukat tepung kek tadi..hehehe)..ahmad farouk nama die..thanks ye farouk sebab dah jual tepung kek tu pada ema.kalau farouk tak jual,mesti sampai sekarang ema tak reti buat kek lagi..hehehe..

dan si pembantu aku yang telah membantu memesen @ memblender tepung tu bersama ramuannya adalah abang aku..ye,my sweet brother ok..mohd khair namanye..thanks ye hir dah tolong aku.kalau ko tak tolong,mesti agak kelam kabut sikit aku nak menyiapkan kek tu..hehehe..mesti korang tertanya,mana kakak or adik aku kan??kenapa abang aku yang jadi mangsa tolong aku?jawapan terbaik,abang aku memang sangat best.dia suka masak2 ni..lagipun,kami memang rapat,so tak pelik la bile dia yang rela hati datang membantu aku..=D..

setelah selesai masak kek,(kek sahaja) aku dengan senyum kambing meminta abang aku untuk menyiapkan topping @ coklat yang memang khas untuk disapu di atas kek tadi..abang aku yang memang sedia rajin,telah menunjukkan kepakaran dia dalam menghias kek itu..biasalah,kek budak2 baru belajar buatkan,wajib ada kekurangannya..so,kek kami kurang cantik sebab topping yang abang aku buat tadi masih pekat.so, sesi untuk meratakan toping agak sukar..tapi, hasilnya memang best..best bukan dekorasi kek tersebut.tapi best sedap rasanya..semua orang puji dengan sambungan ayat 'kalau kata sedap kan,nanti dia buat lagi..'..hohoho..tak kesah pun,yang penting semua orang rasa and berpuas hati dengan kek tersebut..ehehehe..


sesi menyempurnakan topping diatas kek..

hasil kek kami..=D..walaupun kurang menarik tanpa hiasan,tapi kami sangat berpuas hati..=)

next sesi masak memasak aku dengan abang aku bersambung kepada memasak coklat..hari masak coklat ni adalah hari last sebebelum kami pulang ke tempat study masing2..dipendekkan cerita,dia buat coklat nie sebab nak bagi awek dia..wow!!romantik gak abang aku ni kan..sanggup masak coklat sebab nak bagi awek dia..untunglah ada pakwe macam dia ni.(nada jelous..hahahaha..)..

walaupun masak coklat ni lagi mudah,simple and cepat dari masak kek tadi,tapi aku bersama anak sedara aku (nur afiqah izzati) tetap mahu tolong.sebab??hasilnya aku mahu angkut pulang juga..hehehe..abang aku menyediakan bahan dan menggoreng badam untuk dicampurkan didalam coklat..aku ditugaskan untuk menggodak coklat dan memasukkan coklat ke dalam bekas @ pencetak coklat dan anak sedara kami selaku guard dan pembantu mana2 yang perlu..guard??hehehe..guard sebab dia selalu tolong ibu dia buat coklat ni..so,kami perlukan dia untuk beritahu mana yang lebih and kurang dalam proses pembuatan coklat kami ini..rasa kelakar je kan?tapi itulah kami..sama2 baru mencuba sesuatu yang baru..dan itu semua juga merupakan kenangan kami bersama sebelum kami akan membawa haluan masing2 suatu hari nanti..=)...


hasil coklat kami..=)


kami suka sebab kami buat sendiri.=D



Thursday, September 15, 2011

setelah 2tahun 6bulan....

assalamualaikum kengkawan....=D...
actually aku tak ada cerita,tapi aku rasa nak menulis..sebab??aku tengah boring,tak tahu apa yang paling best untuk aku buat pada masa,waktu and ketika ini (sambil mata terkebil2 dan mulut kembong..ooo..hahahaha)...
tetiba,aku teringat tentang semalam..semalam??kenapa??semalam aku menangis..waaaaa..hahaha..nangis pun nak bagi tahu orang ke???eh,kali ni perlu ok!!sebabnya aku telah pun sah meletakkan jawatan as exco dalam diploma in business society (DBS) ditempat study aku..motif cerita??bukan nak berlagak.tapi aku nak bagi tahu yang aku sangat sedih..and pasti sangat yang aku akan merindui mereka semua..kalau sebelum ni aku cuma tengok 'senior2' aku menangis tanpa mengetahui apa perasaan mereka,sekarang aku dah tahu perasaan itu..huhuhu..ye,aku memang sayang sangat kat dbs and aku sangatlah sedih sebab berpisah..berpisah dengan dunia busy and penuh tanggungjawab yang telah aku pegang selama 2tahun 6bulan ni..rasanya lama gak tempoh tu..kalau baby,dah pandai berlari..kalau pokok,dah berbuah..kalau kahwin,dah boleh dapat anak.eh??hahahaha...
ok2,balik pada cerita aku..semalam,14hb sept merupakan last meeting aku bersama mereka..meeting dengan semua..sumpah,aku terharu coz time aku nak balik,izzah and hani panggil..salam and peluk..yang buat aku sedih,izzah nangis sebab perpisahan nie..waaaaaaaa,aku pun tewas...=( =( =(....sob sob sob...
balik dari meeting,aku jalan bersama 2orang rakan seperjuangan dalam society ni tapi still junior aku,farouk dan sazwan(juan)...aku nangis lagi...aku sedih sangat..banyak kenangan dengan mereka..diaorang nie antara orang yang banyak tolong aku dalam society ni..and diaorang merupakan antara kekuatan aku bertahan dalam nie..waaaaa,sedih sedih sedih..sob sob sob sob..=( =( =(...
kejap2,aku cerita tentang junior,kawan yang sama2 sejawatan dengan aku tak ada ke??of course la ada..tapi,kami sama2 akan tinggalkan society nie,so kurang sikit sayunya..hehehe..tapi aku nak say terima kasih yang tak terhingga pada yang dipertua society aku semester ni merangkap rakan yang sama2 naik dengan aku dulu iaitu mohd syarifuddin b.yaakub..seriously, if dia tak ada aku memang patah kaki..dia merupakan kawan yang paling lama dengan aku.and dia juga sumber kekuatan aku untuk terus berada dalam society ni..huhuhu
buat hazirah mohd fauzi,junior aku yang banyak tahu cerita sepanjang aku berada dalam society ni,ucapan terima kasih juga sebab terus bertahan dengan akak..=(..for atika mamad pula, thanks sebab dah cuba buat yang terbaik untuk society and bertahan dengan kerenah akak nie..ehehehe..
lastly untuk semua exco, beeha,faz,adah,fara,ecah,wani,dayana,mumtaz,faizal, saufi,faiz,im,and wan..thanks to be a part from my life in society..mayB ada antara kita yang close sangat,and myB ada yang biasa2 je..camne pun relation kita,ema harap kite akan terus berkawan and tegur if jumpa kat mana2 ye.=D..khas kepada exco2 baru,do the best ok..akk yakin sangat korang semua boleh =D..cayok3!!ehehehe...

wiiilllllll mmmiiiiisssssshhhhhhhh uuuu alllll!!!!!!


Sunday, September 4, 2011

Salam aidilfitri salam kemerdekaan salam kemenangan..

Assalammualaikum teman2 semua…=)..
selamat hari raya aidilfitri semua..walaupun hari ni merupakan hari yang ke enam umat islam merayakan aidilfitri,aku rasa belum terlewat untuk aku mengucapkannye.almaklumlah,tak menyempat2 nak mengupdate blog.so, memandangkan pagi ini aku mahu update,tak salah rasanya kalau aku baru ucapkan sekarang kan?hehehe... semoga berakhirnya ramadhan dan hadirnya syawal pada tahun ini akan menjadikan kita umat yang terus bersyukur diatas kurniaan Nya.. semoga iman kita akan terus bertambah dari hari ke hari, dan semoga kita akan terus berada didalam peliharaan dan rahmat dari Nya.. amin… =)…
Baiklah, bercerita tentang aidilfitri tahun ni, kita amatlah bersyukur kerana pada tahun ini kita menyambut dua kemenangan dalam masa yang sama. Iaitu kemenanagan sebagai umat islam (aidilfitri) dan kemenangan Negara (kemerdekaan).. dengan kata lain ‘raya merdeka’. Sambut raya dan sambut merdeka.
Sambutan kali ni aku sangatlah yakin dan pasti mesti ramai di luar sana membuat persiapan raya yang berbeza dari tahun2 sebelum ini. Al-maklumlah sambut raya dan merdeka la katakan. Haruslah membuat sedikit perubahan di dalam persiapan kita, barulah ada jiwa patriotik. Bila teringat tentang persiapan raya merdeka ni, aku teringat cekerama yang aku lihat malam minggu lepas (dua hari sebelum raya), tajuknya ‘pusing raya’.. agak kelakar dan ceritanya lebih kepada komedi dan mengandungi element2 nasihat didalam perjalanan cerita. Element2 nasihat ni hanya akan terlihat kepada individu yang berfikir dan pandai menilai cerita sahaja. Pada mereka yang melihat kosong, pasti hanya melihat dengan menganganggap ia hanya komedi masyarakat semata2 sahaja..
Sudah alang2 bercerita, aku mahu mengolah sedikit synopsis dari cerita tersebut.. ia mengisahkan 2 buah keluarga yang suka berlawan diantara satu sama lain. Suka memperlihatkan kemegahan keluarga sendiri. Malangnya, yang suka berbangga itu adalah si suami. Didalam cerita ini satu kebanggaan yang menjadi penekanan mereka ialah kejayaan anak masing2. Si A mempunyai anak gadis yang telah berjaya dan bekerja dibandar. Manakala si B mempunyai anak tunggal teruna, juga berjaya dan bekerja di bandar yang sama dengan anakmsi A. Tetapi kejayaan anak A lebih menyerlah kerana jawatan dia yang lebih tinggi di syarikat swasta. Berbanding anak B yang hanya pegawai kerajaan sahaja. Dipendekken cerita, kerana mahu berbangga dengan kejayaan anak masing2, si bapa ini telah menyuruh anak2 mereka membeli kereta mewah untuk digunakan pada pagi raya nanti. Tetapi malangnya kedua2 kereta tidak dapat dikeluarkan pada masa tersebut kerana kereta yang mereka mahu mempunyai masalah. Akhir sekali kerana pelbagai masalah timbul, mereka hanya beraya di tepi jalan sahaja.. hahahah =D.. antara pengajaran didalam cerita ini ialah :
a.       Bersyukur diatas segala nikmat yang telah diterima dan janganlah berbangga dengan nikmat tersebut.
b.      Jangan tamak dengan harta dunia kerana kelak kita akan rugi dengannya.
c.       Jangan terburu2 dalam membuat keputusan yang melibatkan orang ramai.
d.      Berfikir dengan bijak, dan berbincanglah dengan orang sekeliling sebelum membuat sesuatu keputusan.
e.      Jaga tingkah laku dan percakapan ketika berhadapan dengan orang lain, kerana mereka juga mempunyai perasaan seperti kita.
f.        Jangan mudah terpedaya dengan kata2 dan janji manis orang sekiranya kita tidak pasti akan kesahihan perkara tersebut.
g.       Selalulah berjiwa patriotik walaupun dimana kita berada.. hehehe..
h.      Selalu berwaspada, berhati2 dan berjaga2 dimana jua kita berada kerana malang tidak berbau..=D..
Oklah, rasanya seperti itu sahaja pengajaran dari cerita tersebut. Mungkin ada lagi, tapi ini sahaja yang aku perasan dan dapat dari story tersebut. Erm, lain kali aku update lagi pengajaran bagi story lain pula ye.. tu pun kalau ada yang relate dengan cerita yang bakal aku update la.. buat masa ni, cukup smapai disini. Akhir sekali aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya dan selamat menyambut hari kemerdekaan Negara kepada semua.. raya raya raya.. merdeka merdeka merdeka!!!