Ads 468x60px

Pages

Sunday, September 4, 2011

Salam aidilfitri salam kemerdekaan salam kemenangan..

Assalammualaikum teman2 semua…=)..
selamat hari raya aidilfitri semua..walaupun hari ni merupakan hari yang ke enam umat islam merayakan aidilfitri,aku rasa belum terlewat untuk aku mengucapkannye.almaklumlah,tak menyempat2 nak mengupdate blog.so, memandangkan pagi ini aku mahu update,tak salah rasanya kalau aku baru ucapkan sekarang kan?hehehe... semoga berakhirnya ramadhan dan hadirnya syawal pada tahun ini akan menjadikan kita umat yang terus bersyukur diatas kurniaan Nya.. semoga iman kita akan terus bertambah dari hari ke hari, dan semoga kita akan terus berada didalam peliharaan dan rahmat dari Nya.. amin… =)…
Baiklah, bercerita tentang aidilfitri tahun ni, kita amatlah bersyukur kerana pada tahun ini kita menyambut dua kemenangan dalam masa yang sama. Iaitu kemenanagan sebagai umat islam (aidilfitri) dan kemenangan Negara (kemerdekaan).. dengan kata lain ‘raya merdeka’. Sambut raya dan sambut merdeka.
Sambutan kali ni aku sangatlah yakin dan pasti mesti ramai di luar sana membuat persiapan raya yang berbeza dari tahun2 sebelum ini. Al-maklumlah sambut raya dan merdeka la katakan. Haruslah membuat sedikit perubahan di dalam persiapan kita, barulah ada jiwa patriotik. Bila teringat tentang persiapan raya merdeka ni, aku teringat cekerama yang aku lihat malam minggu lepas (dua hari sebelum raya), tajuknya ‘pusing raya’.. agak kelakar dan ceritanya lebih kepada komedi dan mengandungi element2 nasihat didalam perjalanan cerita. Element2 nasihat ni hanya akan terlihat kepada individu yang berfikir dan pandai menilai cerita sahaja. Pada mereka yang melihat kosong, pasti hanya melihat dengan menganganggap ia hanya komedi masyarakat semata2 sahaja..
Sudah alang2 bercerita, aku mahu mengolah sedikit synopsis dari cerita tersebut.. ia mengisahkan 2 buah keluarga yang suka berlawan diantara satu sama lain. Suka memperlihatkan kemegahan keluarga sendiri. Malangnya, yang suka berbangga itu adalah si suami. Didalam cerita ini satu kebanggaan yang menjadi penekanan mereka ialah kejayaan anak masing2. Si A mempunyai anak gadis yang telah berjaya dan bekerja dibandar. Manakala si B mempunyai anak tunggal teruna, juga berjaya dan bekerja di bandar yang sama dengan anakmsi A. Tetapi kejayaan anak A lebih menyerlah kerana jawatan dia yang lebih tinggi di syarikat swasta. Berbanding anak B yang hanya pegawai kerajaan sahaja. Dipendekken cerita, kerana mahu berbangga dengan kejayaan anak masing2, si bapa ini telah menyuruh anak2 mereka membeli kereta mewah untuk digunakan pada pagi raya nanti. Tetapi malangnya kedua2 kereta tidak dapat dikeluarkan pada masa tersebut kerana kereta yang mereka mahu mempunyai masalah. Akhir sekali kerana pelbagai masalah timbul, mereka hanya beraya di tepi jalan sahaja.. hahahah =D.. antara pengajaran didalam cerita ini ialah :
a.       Bersyukur diatas segala nikmat yang telah diterima dan janganlah berbangga dengan nikmat tersebut.
b.      Jangan tamak dengan harta dunia kerana kelak kita akan rugi dengannya.
c.       Jangan terburu2 dalam membuat keputusan yang melibatkan orang ramai.
d.      Berfikir dengan bijak, dan berbincanglah dengan orang sekeliling sebelum membuat sesuatu keputusan.
e.      Jaga tingkah laku dan percakapan ketika berhadapan dengan orang lain, kerana mereka juga mempunyai perasaan seperti kita.
f.        Jangan mudah terpedaya dengan kata2 dan janji manis orang sekiranya kita tidak pasti akan kesahihan perkara tersebut.
g.       Selalulah berjiwa patriotik walaupun dimana kita berada.. hehehe..
h.      Selalu berwaspada, berhati2 dan berjaga2 dimana jua kita berada kerana malang tidak berbau..=D..
Oklah, rasanya seperti itu sahaja pengajaran dari cerita tersebut. Mungkin ada lagi, tapi ini sahaja yang aku perasan dan dapat dari story tersebut. Erm, lain kali aku update lagi pengajaran bagi story lain pula ye.. tu pun kalau ada yang relate dengan cerita yang bakal aku update la.. buat masa ni, cukup smapai disini. Akhir sekali aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya dan selamat menyambut hari kemerdekaan Negara kepada semua.. raya raya raya.. merdeka merdeka merdeka!!!





0 comments:

Post a Comment