Ads 468x60px

Pages

Sunday, August 28, 2011

mari kawal perasaan negative kita..(^0^)..

assalamualaikum kawan2..=D...
mood baru lepas maghrib, rasa seperti mahu menaip sesuatu...so, blog adalah tempat terbaik aku kalau mahu menconteng..hehehe..ok, hari nie aku nak upadate tentang tips atau cara atau bagaimana atau apa2 pun yang sama waktu dengannya.mengenai apa??pemikiran negative.(-,-)..

Lumrah dalam kehidupan dan lumrah seseorang yang bergelar manusia. Pasti tidak akan lari dari berfikiran negative. Tidak kiralah apa pun alasan, punca, sebab atau kenapa dia berfikiran negative (semuanya memberi maksud yang sama sebenarnya..=D) sikap negative itu pasti akan terlintas, walau hanya sedetik. Di sini aku nak berkongsi tips2 untuk kawal perasaan negative yang muncul di minda kita.. Bukan sebab aku ni pakar motivasi atau bijak sangat kawal emosi, tetapi aku rasa tak salah rasanya kalau kita mahu berkongsi sesuatu yang bergunakan?? =D…
Tips yang selalu aku amalkan bila aku mempunya perasaan atau ada lintasan negative diminda aku :
a.       Alihkan perhatian kepada sesuatu yang lain agar pemikiran negative itu akan beransur hilang di minda.
b.      Ubah pemikiran itu menjadi positive seperti ‘pasti ada hikmah di sebalik perkara ini =)’..
c.       Terus tersenyum dan fikirkan perkara yang indah2 sahaja untuk mengelakkan pemikiran negative itu terus mengaganggu minda kita..
d.      Cari satu cerita atau peristiwa yang seakan2 sama dengan cerita kita yang negative itu agar boleh kita jadikan tauladan dan menganggap semua itu pengjaran untuk kita..
e.      Selalu fikir itu semua pengalaman yang boleh mematangkan diri kita. Kalau perkara tersebut tidak terjadi dalam hidup kita, mesti kita tidak tahu cara untuk mengatasinya.=D..
f.        Selalu bersyukur kerana DIA telah memilih kita untuk dijadikan bahan ujian Nya dan tempat pemikiran negative ity singgah, kerana itu tandanya kita masih didalam perhatian dan ingatan Nya.. untungkan kita..=D..
g.       Selalulah berdoa dan jangan berhenti memohon dari Nya agar segala perkara yang negative itu tidak akan menjadi kenyataan. Berdoalah segala perkara negative itu sebenarnya hanyalah mimpi kita dimalam hari, kerana mimpi merupakan mainan tidur..=D..
Dan apa yang paling penting sebenarnya, untuk megelakkan kita dari berfikiran negative, selalulah ingat bahawa pemikiran yang negative hanya akan merosakkan mood kehidupan kita, (-0-)…. Yakinkan pada diri kita bahawa hidup yang sempurna adalah dari pemikiran yang positive, (^,^)… Setiap apa yang kita fikirkan akan jadi satu kenyataan. Oleh itu,selalu berfikiran positive akan dapat membantu kita mendapat satu kehidupan yang sempurna, gembira, lengkap dan yang penting bersih dari perkara negative..yey!! itulah yang kita mahukan..=D..


saya positive dalam semua perkara!!



0 comments:

Post a Comment