Ads 468x60px

Pages

Friday, May 6, 2011

sekian lama....

Assalamualaikum….
Setelah sekian lama membiarkan blog ni sunyi tanpa sebarang cerita,hari ni aku kembali untuk berkarya semula(ayat nak macam novel)..hahaha..
Ok2,rasa macam dah lama sangat aku tak meng’update’ blog ni.maksudnya banyak juga cerita yang aku tak share dalam ni.ok,sebagai mukadimah kali ni,aku nak cerita sikit apa aktiviti aku sepanjang tak meng’update’ blog ni..last cerita yang aku share adalah trip pergi Terengganu. pulang dari Terengganu, trip aku diteruskan ke Port Dikcson (PD) under subject Human Resources (HR). pulang dari PD, jadual aku penuh dengan test yang berterusan, ditambah dengan aktiviti kelab yang aku kene libatkan diri dan assignment yang kene siapkan.pendek kate,masa aku memang agak terbatas dan aku sangatlah busy.



sepanjang masa busy tu,jangan kate blog, facebook pun aku tak usik.terbiar tanpa dibuka,dan untuk pengetahuan anda semua,aku ni pun bukanlah jenis yang hantu sangat dengan fb ni,so hidup aku masih sempurna walaupun tak buka fb untuk jangka masa yang lama..sebabnya??aku rasa banyak lagi benda yang lebih penting aku kene utamakan daripada fb,dan kawan2 aku lak ramai yang berada di alam reality dari alam maya ni.hehe..



Apa2 pun alasan,kawan tetap kawan kan?tak kira la di alam maya atau reality.. Actually, kawan yang kat alam maya tu pun merupakan kawan2 reality aku..dengan kata mudah,teman2 lama aku masa sekolah rendah,menengah sampailah yang aku kenal time kat kolej dan luar kolej dulu..fb tu lah tempat pertemuan kami setelah sekian lama terpisah.. ye,tu salah satu kebaikan adanya teknologi pada masa ini..haish!!cam dah melalut je ayat2 aku tadi..hahahaha…



Ok2,kembali pada cerita asal.sebenarnya entry kali ni aku cuma nak cerita secara ringkas cerita apa yang bakal aku update untuk entry2 akan datang..antara nya ialah cerita tentang trip PD aku,dan cerita2 aku bersama roommate2 aku..banyak benda menarik yang aku buat sepanjang tak meng’update’ blog ni..tapi apa yang akan aku update adalah cerite2 yang aku rasa best untuk dikongsi dan diingat je.law agak2 tak best,aku tak nak la update kat sini.sebab??aku tak suka nak ingat benda2 yang tak best ni,takut akan ganggu kegembiraan akan datang..hehe..
Rasanya cukup la ni je yang aku nak tulis kat entry kali ni. Entry akan datang,baru aku update aktiviti2 aku yang bagi best..=)

0 comments:

Post a Comment