Ads 468x60px

Pages

Tuesday, October 18, 2011

~perlunya kawan dalam kehidupan..~


Assalammualaikum dan hye2 and hello2 semua..ehehe, mood agak ceria tapi masih didalam kawalan lagi..=D..
Ok, tajuk entry aku ‘perlunya kawan dalam kehidupan’..sebelum tu, aku nak bg kredit kepada 'kawan' aku yang telah memberi aku ilham untuk meng 'update' entry kali ni walaupun sebenarnya dia hanya cakap tentang diri dia je..bukan aku nak ambil kesempatan ea, tapi aku cuma nak share pendapat aku dalam blog aku..ok?so tak ujud lah istilah mengambil kesempatan disitu ye..harap maklum ye..ye2..eheee
Sebelum itu, aku nak bagi tahu dulu lah apa sebab aku tertarik untuk meng 'update' entry kali ini dengan tajuk yang aku sudah pilih ini (ayat macam good2 jer..ehehe)..
1.       Sebab kawan aku kata dia boleh hidup sendiri tanpa kawan..ye ke??

2.       Sebab kawan aku kata dia tak suka untuk ada ramai kawan..pelik an,ada juga orang yang tak suka berkawan..

3.       Sebab kawan aku kata kawan2 hanya akan menyusahkan hidup dia..agaknye,aku ni pun menyusahkan dia lah kot.sebab aku an kawan dia..sadis sungguh an..haha

4.       Sebab kawan aku kata selama ni dia hidup bukan kawan2 pun yang bagi dia makan..memanglah kan,sebab kawan dia nak makan sendiri pun tak cukup,tak kan lah nak bagi dia pulak..ehehehe

5.       Sebab kawan aku kata dia lebih selesa buat semua perkara sendirian tanpa ada sesiapa pun yang tolong..dah orang tak tahu macam mana nak tolong an?apa dah..
Ok,ini antara sebab yang ‘kawan’ aku nyatakan mengapa dia tak perlukan kawan dalam hidup dia.. bagi aku maybe kenyataan dia ni ada betulnye,tapi kita sebagai manusia perlu berkawan untuk kehidupan kita..dan ini adalah sebab kenapa kita perlu ada kawan pada pendapat aku
1.       Kalau tak berkawan, kita mahu berkerja dengan siapa ye?tahulah majikan..tapi majikan tu tak akan jadi kawan kita ke?kawan kan orang2 yang kita kenal..waktu bekerja majikan, luar kerja kan kawan..

2.       Kalau tak ada kawan, means kita tak ada life lah..sebab kawan2 akan menjadi warna dalam hidup kita selain family.. life family adalah sangat berbeza dengan life kawan2 ok..

3.       Kadang2 kawan datang memang untuk menyusahkan hidup kita sebab dengan menyusahkan hidup kita lah kita akan dapat belajar tentang kehidupan.belajar sesuatu yang baru yang mungkin kita tak akan dapat dalam family,kehidupan sendiri atau pun di sekolah..sebab masalah yang datang dari kawan2 adalah berbeza2..

4.       Kawan memang tak akan bagi kita makan,kalau kita tak mintak makanan dari mereka (hehe,melawak jap)..kawan tak bagi kita makan,tapi kawan akan mengajar kita makan sesuatu yang kita tak pernah makan..example ialah shushi.aku makan shushi sebab kawan aku yang ajar makan ye.tapi sekarang aku dah tak nak makan lagi..sebab??hehehehehe..cari sendiri apa akibat makan shushi ea..eeerrrr…

5.       Ada sesetengah orang tak suka buat kerja dalam kumpulan, sebab tak puas ataupun malas nak bertekak untuk puaskan hati semua orang..aku faham sebab aku pun seperti itu (hehehe) tapi, kawan penting untuk memberitahu kelemahan kita.. memperbetulkan kesilapan dan kesalahan dalam hasil kerja kita..

6.       Kawan merupkan cermin pada diri kita. Kalau kita tak ada kawan, means kita tak ada cermin. Kalau tak ada cermin, means kita tak tahu kita ni macam mana orangnya. Kalau kita tak tahu kita ni jenis macam mana, means kita tak akan tahu apa kesilapan yang kita buat. Kalau kita tak tahu kesilapan kita, means kita tak akan memperbetulkan kesilapan kita. Kalau kita tak betulkan kesilapan kita, means kita sentiasa salah..dan kita adalah orang yang rugi..sebab?? kalau kita tak cari peluang untuk berjaya dalam hidup kita maksudnya kita telah merosakkan diri kita kerana terus melakukan kesilapan..

7.       Kawan adalah orang yang akan tolong kita bila kite perlukan bantuan selepas family kita tak dapat membantu kita..contohnya, kalau kenderaan kita rosak kat mana2, call family, family tak dapat tolong, kita akan cari kawan untuk tolong kita. Kalau kita tak ada kawan, cam mana kita nak mintak tolong kan?tak kan nak mintak tolong orang yang kita tak kenal. Kalau mitak tolong sekalipun,mest one day orang tu akan jadi kawan kita. Kalau kita tak kawan, means kita ni jenis tak mengenang jasa orang la kan..eerrrr…

kawan akan tolong kita kalau kita susah selepas family tak dapat tolong..

Ni adalah diantara sebab kenapa dan mengapa perlunya ada kawan dalam hidup kita seharian..tapi aku suka ingatkan, kawan yang baik ialah kawan yang selalu menegur kesilapan kawannya dan kawan yang jahat ialah kawan yang menyembunyikan dan membiarkan kawannya melakukan kesilapan..

** apa yang aku tulis ni, dah pun aku bagi tahu pada ‘kawan’aku tu..tapi perubahan pada dia tu aku tak pastilah sebab aku jarang2 berhubung dengan dia.. and aku rasa dia tak berubah kot..sebab??dia seorang yang sangat pemalu..ok bye..eerrr..
kucing pun mahu berkawan tau..hehehe


0 comments:

Post a Comment