Ads 468x60px

Pages

Wednesday, October 19, 2011

~secret couple?~

Assalammualaikum  kawan2..=D..
Tajuk entry secret couple..  Wow!! siapa yang sedang alami nie? aku ke? hahahaha…teeeettttt…tuutt tuutt tuutt..tiada jawapan untuk soalan tersebut.terima kasih…hehehe
Ok, secret couple nie sama dengan scandal ke?? ke sebab couple dengan boyfriend or girlfriend orang terjadinya secret couple?? ooppssss..hahahaha.. terpulang la kepada fahaman masing2 ye.. tapi cerita aku kali ni ialah couple yang tidak dedahkan kepada umum.. why ea?? errmm, tu lah yang aku mahu cerita di ruangan kali ini…
sorok muka time dating..hahahaha

Ni antara reasons positive yang aku dapat kenapa orang couple tidak mahu dedahkan hubungan mereka kepada umum:
Satu
Mereka belum bersedia dengan hubungan yang terjalin, takut bila sudah dihebah2 kan tetiba hubungan tidak menjadi. Mesti malu kan? So, sebelum perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik mendiamkan diri sampai satu tempoh masa yang pasti..biasanya ni terjadi kepada couple2 yang ikatan belum cecah satu tahun…

Dua
Mereka mahu pastikan adakah pasangan mereka betul2 serious dengan hubungan mereka atau sekadar untuk menghilangkan perasan boring yang melanda..eeerrrr…

Tiga
Mereka tidak mahu ada orang yang menyebok tentang hubungan diaorang seperti ada orang yang mahu kenal dengan pasangan mereka..takut orang yang mahu kenal itu ‘kacau daun’ dengan merosakkan hubungan mereka nanti..eeeiiiissshhh...

Empat
Mereka mahu hubungan yang sah sahaja seperti tunang,nikah @ kahwin yang akan didedahkan kepada umum..baru la ‘class ko jah’..hahaha

Lima
Mereka belum bersedia dengan commitment sebagai ‘couple orang’ dan tidak mahu pasangan mereka ‘terlalu menguasai’ hidup mereka dengan semua perkara yang mereka lakukan ‘wajib’ diberitahu kepada pasanagan mereka..ala2 dikongkong dan terkongkong la..

Enam
Mereka masih perlukan ramai lagi kenalan diluar sana untuk membantu mereka..ye la, sebab ada yang cakap kalau jadi couple orang ni dah tak boleh berkawan dengan orang lain..betul ke?? Eerrrr tak tahu tak tahu..eheee

Tujuh
Belum mendapat restu dari family lagi.. mereka takut sekiranya hubungan mereka didedahkan, family akan menolak pasangan yang mereka telah pilih.. sebab tu lah, mereka merahsiakan hubungan mereka sehinggalah family merestui.. anak yang baik ye,sebab dengar cakap ibu dan ayah..eheheee..

dating disebalik pokok??hahaha

Ok, yang ini pula reasons negative kenapa hubungan couple tidak mahu didedahkan kepada umum:
Satu
Sebab ada boyfriend or girlfriend lain..nanti kalau kecoh2,mati la kene maki dengan yang satu lagi..ngeee..yang ini khas kepada mereka2 yang curang di luar sana la kan..eeeerrrr..tidak minat sama sekali ye..eeeuuwww..

Dua
Sebab mereka mahu memilih calon mana yang terbaik untuk hidup mereka pada masa hadapan.. kiranya pasang ramai2 calon, tak suka pada calon 1, pergi ke calon 2, tak suka calon 2, pergi ke calon 3 dan begitulah seterusnya… ala2 playboy dengan playgirl juga lar..eeerrr…

Tiga
Tidak menganggap yang si boyfriend or girlfriend tu sebagai kekasih diaorang.. dah tahu tak anggap tu terus terang je lah..ni pergi mengayat orang tu dan bagi harapan dah kenapa?? Nak tengok kau tu ‘hot’ ke tidak ke?hiisshhh, tak berkenan mak nokkk..hehehe

Ok, ni antara reasons yang aku dapat dari sudut positive dan negative.. apa pun alasan yang mereka2 bagi, nasihat aku kepada orang2 yang sedang angau bercinta (termasuklah diri aku =D) jangan lah terlalu menyayangi pasangan anda 100% selagi belum ada hubungan yang sah.. sebab kalau tiada jodoh antara kamu,hidup hang juga yang merana wooo.. nak sayang boleh, tapi berpada2 lah ye..pesanan ikhlas dari penaja..ehehehe~



0 comments:

Post a Comment